Monday, 28 May 2012

Kenapa Pelaburan Hartanah? - Episod 2


Link : ...episod 1



Wah! dah macam drama pula siap ada episod.. Ok tak apa kita teruskan pembelajaran dan perkongsian ilmu. Jadi daripada post sebelum ni kita dah tahu kenapa ramai jutawan melabur dalam hartanah dan orang bekerja / bisnes masih ada risiko. Bagi menjawab soalan ketiga, aku akan ceritakan kisah silam aku...

Tahun 1996, aku menamatkan pengajian di peringkat SPM. Tahun 1997 aku diterima masuk ke UTM Skudai dan pada tahun 2001 aku 'graduate' dalam bidang 'Computer Science'. Tapi dalam masa pengajian, aku seorang yang 'tak aktif' dalam aktiviti Universiti. Minat aku memang dalam pelaburan dan kewangan. Jadi biasanya aku habiskan masa membaca buku pelaburan dan kewangan. Antara buku-buku terawal yang aku baca adalah hasil tulisan Azizi Ali, Robert T Kiosaki dan buku-buku motivasi. Pada masa itu juga aku sudah mula bermain 'share' secara kecil-kecilan di BSKL. Biasanya aku call je remiser aku untuk urusan jual beli. Jadi aku bersyukur sebab Allah pilih aku untuk lebih awal tahu tentang perkara asas pelaburan dan kewangan. 
Tahun 2002 aku dah memulakan pengajian peringkat 'Master' juga di UTM dalam dalam bidang 'Technopreneurship' (Keusahawanan Tekno). Pada masa ini ilmu berkaitan keusahawanan aku bermula. Terima kasih kepada MARA yang banyak memberikan inspirasi kepada aku. Dalam masa pengajian ini, aku memulakan langkah untuk berniaga. Walaupun jurusan aku menjurus kepada teknologi tapi aku buat bisnes dalam bidang 'event management'. Sepanjang pengajian 'Master' selama dua tahun ni, aku telah menganjurkan beberapa seminar, kelas komputer untuk sekolah-sekolah, berniaga di karnival-karnival dan juga menganjurkan karnival bersama rakan-rakan bisnes aku. Aku akan kongsikan ilmu untuk menjadi 'event organizer' yang berjaya dalam post-post akan datang. Sepanjang 2 tahun tersebut, syarikat aku telah mengumpulkan lebih kurang RM100,000 keuntungan bersih. Ini kira bisnes main-main je..sambil belajar kita berbisnes... Tapi malangnya selepas aku tamat pengajian, bisnes tersebut tak dapat diteruskan
Sejarah antara aku dan isteri aku juga bermula disini. Aku kenal dia semasa kami di tahun ketiga 'degree' (1999) dan bercinta selama hampir 3 tahun. Semasa berada pada tahun akhir 'Master' (2003) aku bernikah dengan isteriku.. pada masa ini isteriku sedang menyambung pengajian perguruan (KPLI). Jadi kami hidup berjauhan pada masa itu walaupun sudah menjadi suami isteri.
Disinilah titik perubahan dalam hidup aku bermula..berkahwin tapi duduk berjauhan dan bisnes pula tidak dapat diteruskan...Aku pun kembali ke kampung halaman di Klang, Selangor..dan pada masa inilah bermulanya episod baru...

Ikuti episod 3...  

No comments:

Post a Comment