Thursday, 3 May 2012

Blog Upadate


Hari ini aku berkelapangan untuk 'update blog' aku. Dah seminggu tak membuat sebarang catatan di sini. Hari Jumaat lepas aku membawa biras aku dari Kota Bharu ke pejabat peguam untuk 'sign' S&P rumah yang dia baru beli di kawasan bukit tinggi. Jadi pada hari tersebut aku agak sibuk keranan membawa dia melihat semua projek-projek yang melibatkan dia. 

Pada hari Sabtu aku menghantar isteri aku ke Seminar 'Kenali Potensi Wanita' anjuran Richworks (Dr Azizan). Asyik aku je yang pergi seminar, sekali-sekala bagilah dia yang pergi pula. Bagi dia berehat dan motivasikan diri.
Hari Ahad pula aku pergi kerumah sewa Sijangkang Jaya untuk mengambil kunci dari penyewa. Pergghh..bagus betul penyewa aku ini..sampai di sanan dia tengah mengecat rumah. Katanya, "dulu saya masuk cantik..saya nak keluar pun kenalah cantik". Nyata sekali dia memang penyewa aku yang terbaik. Dalam masa dia menyewa rumah aku ini selama lebih 3 tahun..soal bayaran sewa tiada masalah..sampai nak keluar pun masih lagi menjaga kredibilitinya. Jadi Ahad tu, kami sama-sama membersihkan rumah. Nanti saya akan kongsikan tips untuk menjadikan penyewa anda setia kepada anda dalam post 'Tips Penyewaku Setia'.
Isnin pula aku membawa orang untuk cek wiring rumah tu sebab aku tengok dah banyak sambungan 'wire'. Alang-alang cek tu teruslah buat 'wiring' yang sempurna..
Sebab itulah aku tak 'update blog' aku..

No comments:

Post a Comment