Friday 29 November 2013

Kembara ke UAE, Oman dan Qatar



Alhamdulillah aku sudah kembali ke tanah air Malaysia pada Ahad 24 Nov yang lalu. Lebih 2 minggu berada di Jazirah Arab. Banyak kenangan, pengalaman dan idea di bawa balik ketika berada disana. Inshaa Allah akan aku

Monday 18 November 2013

4 Perkara Jika Di Pandang Sahaja Sudah Mendapat Pahala

 

Terdapat 4 perkara jika kita memandangnya, kita akan mendapat pahala dengan mudah.

1. Kedua ibubapa kita - Wajah kedua ibubapa kita adalah Rahmah kepada kita. Ini kerana Redha Allah kepada kita adalah redhanya kedua ibubapa kita kepada kita.

2. Al-Quran - Al-quran merupakan kitab suci umat Islam. Memandangnya sahaja sudah mendapat ganjaran daripada Allah. Apatah lagi jika kita membaca serta memahami isi kandungannya.

3. Lautan - Dengan hanya memandang lautan yang terbentang luas, Inshaa Allah ada ganjaran

Monday 11 November 2013

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary - 2




Link: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary - 1
Apa yang anda patut tahu...


Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa? 
BERNAS...BERNAS milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Makan nasi lemak sambil minum kopi 0. Kalau orang Johor beli air dari siapa?
Aliran Ihsas Resources...Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Minum kopi mesti campur gula. Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR. MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ; MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sepenuhnya.

OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? 

Wednesday 6 November 2013

Kembara ke Tanah Suci : Travelog Umrah Ziarah Jordan 7

Ikuti Travelog Umrah Ziarah Jordan daripada TUZJ 1

Bermiqat untuk menunaikan umrah seterusnya di Masjid Taneem

Aku & isteri selesai menunaikan umrah
dan bertahallul di Bukit Marwah

Ikuti Kisah TUZJ 6

Esok merupakan hari terakhir kami berada di Mekah. Terasa sedih untuk meninggalkan Tanah Suci Mekah. Petugas Andalusia mengingatkan kami supaya meletakkan beg pada jam 10.00 pg di lobi hotel.

“Haji dan hajjah, esok merupakan hari terakhir kita di Mekah. Dinasihatkan agar selepas membuat Tawaf Wida’, haji dan hajah tidak dibenarkan menoleh kembali kebelakang. Terus keluar dari Masjid dan terus balik ke hotel. Jangan singgah untuk membeli apa-apa pun dan jangan bergambar. Jika

Saturday 2 November 2013

Awal Muharram 1435H - Doa Akhir & Awal Tahun.


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana kita masih berpeluang menghirup udara di dunia ini. Beberapa hari lagi merupakan tahun baru (Muharram) bagi umat Islam. Penghijrahan junjungan besar kita Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah (Yathrib).

Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. 

Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting bulan Muharram:

1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.