Monday 7 January 2013

Pakej Umrah Andalusia

Post : 
Link :




Tuan Haji Ibrahim
(sempat isteriku ambil gambar)

Semalam aku pergi ke pejabat Andalusia Travel untuk urusan pendaftaran umrah pada cuti sekolah bulan Mei nanti. Alhamdulillah, kami di jemput sekali lagi untuk mengunjungi Baitullah disana. Cuma kali ini kami pergi bukan setakat berdua tetapi
seluruh keluarga. Alhamdulillah.. 
Selepas menunaikan umrah tahun 2010 yang lalu, aku terbayang dan teringin untuk membawa anak-anakku, ibubapa dan ibu mentua menunaikan umrah bersama. Pada waktu itu aku cuma menyatakan hasratku kepada isteriku. Alangkah seronoknya berada bersama-sama keluarga, ibu dan bapa di hadapan ka'abah. Bagiku, kalau aku dapat merealisasikan untuk membawa mereka bersama, itu adalah 'moment' yang paling bermakna dalam hidup aku. Susah nak dapat 'moment' seperti itu.. Alhamdulillah, apa yang aku angankan termakbul. Allah telah permudahkan segala urusan dan melapangkan rezqiku. 
Semalam aku sudah mendaftarkan diri, isteri, anak-anak, ibubapaku dan ibu mentuaku...Alhamdulillah... Tapi bukan setakat 9 orang tu sahaja, keluarga kakak aku pun pergi bersama serta adik-adik perempuanku. Jemaah kami seramai 16 orang, Alhamdulillah...cuma mereka ni tak boleh nak 'sponsor' ya... Nanti ada yang kata tak adil pula...
Semasa di pejabat Andalusia Travel, aku sempat berjumpa dan berborak sedikit bersama Pengarah Urusan Andalusia Travel, Tuan Haji Ibrahim. Ternyata dia seorang yang peramah dan mesra. Walaupun baru berjumpa tapi banyak perkara dia dah cerita padaku!!. 
Aku memilih Andalusia kerana aku amat berpuashati dengan pengurusannya samada di Malaysia mahupun di Saudi. Ternyata mereka berada dalam kelas tersendiri. Syabas!!

Post : 
Kembali dari Tanah Suci
Travelog Umrah & Ziarah Jordan

Friday 4 January 2013

Rumah Kena Pecah!!!




Rumah Kena Pecah!!! Haha bukan pencuri yang masuk..tapi pecah untuk buat yang baru. Kerja-kerja meruntuh binaan sediada untuk digantikan yang baru telah siap hari ini. Jadi bolehlah 'claim progress' ya. Selepas ini kerja-kerja

Thursday 3 January 2013

Site Jalan Tanjung



Lepas aku hantar dua orang hero tadi aku pun bergerak ke ‘site’ Jalan Tanjung. Progres Alhamdulillah, bumbung hampir siap di pasang. Lepas ini boleh buat wiring pula. Pergerakan seterusnya ke ‘site’ baru di Jalan Bahagia. Kerja-kerja pecah rumah lama sedang giat di jalankan. Sudah masuk hari

Sesi Persekolahan 2013





Semalam dua orang hero aku pergi ke sekolah. Nasib baik ada Uzair, 6 jadi adiknya (Uqail, 4) pun macho je ke sekolah. Hai, dah besar anak-anak aku. Rasanya kejap je dia orang ni membesar. Anak aku yang sulung (Umairah, 8)