Showing posts with label Tips Hartanah. Show all posts
Showing posts with label Tips Hartanah. Show all posts

Tuesday, 31 December 2013

Harga Rumah Semakin Naik?


Assalamualaikum...
lama aku tak buat 'posting'. Kali ini nak kongsi berkaitan artikel akhbar Sinar Harian.

Harga Rumah Semakin Naik?
Rumah Teres Di Selangor Cecah RM 1 Juta Menjelang Tahun 2020

Ini merupakan salah satu tajuk artikel mengenai kenaikan harga rumah teres yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian akan mencecah hampir RM 1 juta menjelang tahun 2020.


Kenaikan harga rumah yang mendadak ini semestinya memberikan kesan kpd golongan kelas pertengahan dalam usaha mereka untuk memiliki rumah pertama. Untuk memiliki rumah sendiri, memang impian ramai pihak.Tetapi hakikatnya, harga rumah meningkat saban tahun. Di Selangor sekarang, harga purata rumah teres sederhana berharga RM 400,000 dan ke atas. Jika dibandingkan dengan pendapatan purata pendapatan rakyat Malaysia, nisbahnya sudah cukup untuk kami katakan, tidak masuk akal. Tidak kiralah apa jenis rumah - apartment, flat, teres, malah kondominium sekalipun, bukan hanya melambung di kawasan-kawasan bandar tetapi sudah menular ke kawasan-kawasan pinggir bandar seperti di Rawang, Klang, Kuala Langat, Sungai Buloh dan Bangi.


Jangan risau, kami ada penyelesaiannya..

Jika anda ingin membeli tanah lot dengan kami bolehlah lawati ARADA PROPERTY dan jika anda ingin membina rumah dengan kami lawati ARADA IMPRESSWORKS

Hubungi kami untuk anda memiliki rumah BANGLO di Lembah Klang.
Keluasan tnh dari 4000sqf dan keluasan binaan 1200sqf hanya kurang dari RM 180,000.00.

Kami akan bagi tahu anda caranya...

Thursday, 12 December 2013

Dokumen Pindahmilik Tanah - Borang 14A VS Surat Amanah

Muka depan Borang 14A

Perbezaan Pindah Milik menggunakan Borang 14A dan Surat Ikatan Amanah

Pindah Milik menggunakan Borang 14A adalah standat kepada proses tukar milik hartanah. Borang 14A adalah Borang Tukar Nama dimana borang ini digunakan untuk proses tukar nama didalam sesebuah geran tanah. Ia merupakan salah satu 'instrument of transfer' dikenali juga sebagai 'Memorandum of Transfer' atau singkatannya MOT. 

Semasa proses jual beli berjalan, selain daripada Perjanjian JualBeli (S&P / SPA), Borang 14A

Friday, 6 December 2013

Panduan Membeli Tanah Lot





Assalamualaikum...di dalam statistik blog aku, antara ‘keyword search’ paling tinggi adalah berkaitan cara membeli tanah lot. Aku membuat andaian bahawa, ramai orang diluar sana sudah bertukar arah daripada membeli rumah yang sudah siap (Teres, Apartment, Semi- D, Banglo dsb) kepada membeli tapak rumah kemudian membinanya sendiri. Ini kerana kos membeli sebuah rumah teres atau

Tuesday, 26 June 2012

Tips : Kenapa Pelaburan Hartanah 5


Link: ....Tips : Kenapa Pelaburan Hartanah 4


Pelaburan hartanah tidak memerlukan kepakaran yang khusus
Dalam pelaburan hartanah, kita tidak memerlukan kepakaran yang khusus atau mendalam untuk 'bermain' denganya. Apa yang penting adalah minat serta kesabaran disertakan ilmu dalam aspek pengurusan kewangan. Untuk menceburi bidang pelaburan hartanah ini, anda tidak memerlukan ilmu yang khusus tentang pelaburan hartanah. Tidak seperti seorang pensyarah, dia memerlukan ilmu yang mendalam

Friday, 15 June 2012

Hartanah D'BizMalaysia RTM 1


Jam 6 petang tadi aku menonton salah satu siri kegemaran aku Biz Malaysia RTM 1. Aku suka tengok sebab aku dapat tahu harga penutup saham, harga komoditi, 'market summary' dan banyak lagilah. Petang tadi ada perbincangan yang melibatkan pasaran hartanah di Malaysia. Mengikut pakar yang ditemuramah, beliau ada menyatakan

Thursday, 14 June 2012

Tips : Kenapa Pelaburan Hartanah 4.


Link : ...Tips : Kenapa Pelaburan Hartanah 3


Pelaburan hartanah tidak dipengaruhi oleh keadaan. 
Kalau kita sebut pasaran saham, sudah tentunya ia melibatkan harga turun naik yang pantas. Di sini kita akan tahu bahawa saham sememangnya dipengaruhi oleh pasaran. Bagaimana pula dengan hartanah? Ya, hartanah juga dipengaruhi faktor luar tetapi ia tidaklah sehebat pasaran saham yang boleh menjadikan seseorang itu kaya

Monday, 11 June 2012

Tips : Beli Tanah


Aku terpanggil untuk berkongsi info bagaimana nak beli tanah, tak kisahlah tanah ekar atau tanah lot sebab ada pembeli tanah aku yang pernah ditipu dalam urusan pembelian tanah sebelum ini. Ok perkara utama nak kena tahu adalah:

1. Lokasi tanah bertepatan dengan geran. Semak dahulu geran dan tengok lokasi tanah. Pastikan no PT, Lot dan lain-lain perkara pada geran sama dengan lokasi tanah. 
Kalau masih ada keraguan minta kepada penjual salinan geran, kemudian anda terus ke pejabat tanah daerah yang berkenaan dan buatlah carian tanpa memberitahu si penjual. Ini untuk memastikan geran tersebut adalah benar.

2. Pastikan nama dalam geran adalah sama dengan penjual. Jika menggunakan agen pastikan anda minta nombor telefon tuan tanah dan lebih baik berjumpa dengan tuan tanah. 
Jika anda telah membuat carian, sudah senestinya nama tersebut sama seperti nama dalam geran yang ditunjukkan kepada anda.

3. Semak kad pengenalan tuan tanah dan pastikan ianya sama seperti dalam geran. 

4. Buat perjanjian jual beli dan pastikan matikan setem untuk menjaga kedu-dua pihak. Anda tak perlu ke pejabat lawyer, cukup sekadar tulisan tangan (lebih baik taip) dan kedua-dua pihak memahami dan setuju terma dan syarat. Catatkan butiran nama penjual, nama pembeli, no kad pengenalan kedua-dua pihak, butiran hartanah (no PT, no Lot dan lain-lain), bayaran deposit, terma bayaran hendaklah ada dalam perjanjian Jual Beli anda

Itu adalah perkara paling asas untuk membeli tanah. Ini kerana ada kes dimana agen menunjukkan tanah kosong yang entah siapa punya dan pembeli terus membayar deposit RM500 - RM 2000 untuk bayaran deposit. Jadi berhati-hati ya...

Post : 
Panduan Membeli Tanah Lot
Kenapa Pelaburan Hartanah?


Maklumat lanjut berkenaan tanah lot, lawati (klik logo):


  

Sunday, 10 June 2012

Kenapa Pelaburan Hartanah? - Episod 3

Link : ...episod 2


Dalam episod 1, aku dah ceritakan serba sedikit risiko makan gaji dan bisnes. Kali ini aku nak kongsi kenapa kita perlu melabur dalam hartanah. 
Tapi sebelum itu, aku nak tukar tajuk post supaya lebih praktikal...Jadi untuk post selepas ini aku akan gunakan Tajuk - Tips : Kenapa Pelaburan Hartanah 4.

Monday, 4 June 2012

Tanah Lot Telok Panglima Garang



Petang tadi aku pergi 'site visit' untuk tengok perkembangan kerja-kerja membuat jalan sementara ke tanah lot aku. Nampaknya kerja-kerja berjalan lancar dan pembersihan telah pun siap dijalankan. Lega sikit bila kerja-kerja dapat disiaokan 'on time'. Esok bolehlah kami balik kampung sebab semua

Tuesday, 29 May 2012

Monday, 28 May 2012

Kenapa Pelaburan Hartanah? - Episod 2


Link : ...episod 1



Wah! dah macam drama pula siap ada episod.. Ok tak apa kita teruskan pembelajaran dan perkongsian ilmu. Jadi daripada post sebelum ni kita dah tahu kenapa ramai jutawan melabur dalam hartanah dan orang bekerja / bisnes masih ada risiko. Bagi menjawab soalan ketiga, aku akan ceritakan kisah silam aku...

Friday, 25 May 2012

Kenapa Pelaburan Hartanah? - Episod 1


Soalan : Kenapa Pelaburan Hartanah? (Pinjam daripada tajuk post)
Jawapan : 80% jutawan diseluruh dunia membuat JUTA-JUTA dalam pelaburan hartanah. Kalau tak percaya GOOGLE je..

Soalan : Kenapa tak bisnes je?
Jawapan : Bisnes pun ada risikonya, takpe nanti aku terangkan..

Soalan : Macam mana nak beli hartanah kalau gaji kecik?
Jawapan : Mmmmm...ok tak apa nanti aku ceritakan juga macam mana gaji aku dulu cuma RM2300 + isteri aku masih belajar dan aku dah mula berjinak-jinak dengan property ni..

Saturday, 19 May 2012

13 Tips : Hartanah (Part 2)


Sambungan daripada...Tips: Hartanah (Part 1)
   
    4. Pastikan 'Developer'
    • Lihat kepada kredibiliti 'developer'...
    • Kalau 'developer' yang tak pernah dengar tu...try buat kajian sedikit, untuk mengelakkan daripada terbeli rumah yang bakal terbengkalai..

Saturday, 14 April 2012

13 Tips: Hartanah (Part 1)



Post kali ni aku nak share beberapa tips untuk memilih Hartanah (rumah, tanah, dll) untuk dijadikan sebagai pelaburan. Ia berdasarkan pengalaman aku.. Warning!! Tips ini berdasarkan pengalaman aku dan aku dah praktikkan..mungkin ada persamaan atau perbezaan pendapat dengan otai2 'property investor' lain.. jadi ikut yang terbaik dan sesuai dengan anda..kerana kadang2 ada perkara yang tak sesuai dengan diri kita..
Ok...sekadar utk berkongsi sebagai pengenalan..aku mempunyai beberapa