Wednesday 27 June 2012

Rumah Kontena yang Unik


Ini merupakan fasa 2 pembinaan projek 'Container City' di Trinity Buoy Wharf (London), 'Container City II' adalah projek pembesaran bangunan sebelumnya.  

Tuesday 26 June 2012

Tips : Kenapa Pelaburan Hartanah 5


Link: ....Tips : Kenapa Pelaburan Hartanah 4


Pelaburan hartanah tidak memerlukan kepakaran yang khusus
Dalam pelaburan hartanah, kita tidak memerlukan kepakaran yang khusus atau mendalam untuk 'bermain' denganya. Apa yang penting adalah minat serta kesabaran disertakan ilmu dalam aspek pengurusan kewangan. Untuk menceburi bidang pelaburan hartanah ini, anda tidak memerlukan ilmu yang khusus tentang pelaburan hartanah. Tidak seperti seorang pensyarah, dia memerlukan ilmu yang mendalam

Monday 25 June 2012

Thursday 21 June 2012

Biar Betul...


Peh...Biar Betul... Apa-apa pun layan je.. berapa agaknya harga basikal ni..

Wednesday 20 June 2012

Perpustakaan Selangor



Bangunan yang anda lihat pada gambar di atas merupakan sebuah perpustakaan yang letaknya di Seksyen 13, Shah Alam. Jika anda pertama kali melihatnya, pasti anda tidak menyangka bahawa bangunan tersebut adalah sebuah perpustakaan kerana bangunannya yang nampak sangat mewah.

Monday 18 June 2012

World Cup 2022 Qatar


Salah satu impian aku nak menonton bola sepak World Cup 2022 di Qatar. Gambar-gambar adalah beberapa ilustrasi pereka stadium untuk kejohanan bola sepak berprestij tersebut.


Kepakaran Nabi


Nabi Adam – Pakar dalam bidang pertanian (Memulakan tamadun dalam kehidupan manusia generasi pertama).
Nabi Nuh – Pakar dalam bidang pengangkutan- arkitek dan jurutera- pembina kapal besar yang mampu menahan banjir besar.
Nabi Harun – Pakar dalam bidang komunikasi.

Friday 15 June 2012

Hartanah D'BizMalaysia RTM 1


Jam 6 petang tadi aku menonton salah satu siri kegemaran aku Biz Malaysia RTM 1. Aku suka tengok sebab aku dapat tahu harga penutup saham, harga komoditi, 'market summary' dan banyak lagilah. Petang tadi ada perbincangan yang melibatkan pasaran hartanah di Malaysia. Mengikut pakar yang ditemuramah, beliau ada menyatakan

Jawatan Kosong



Permohonan terbuka kepada seluruh warga. Boleh email kepada saya. Pendapatan lumayan, mempunyai elaun yang tinggi dan bonus diberikan harian & mingguan.
Kelayakan : Baligh, Lelaki & Wanita, Tidak Gila dan Uzur Syarie
Tempat : Masjid & Surau berdekatan anda

Thursday 14 June 2012

Tips : Kenapa Pelaburan Hartanah 4.


Link : ...Tips : Kenapa Pelaburan Hartanah 3


Pelaburan hartanah tidak dipengaruhi oleh keadaan. 
Kalau kita sebut pasaran saham, sudah tentunya ia melibatkan harga turun naik yang pantas. Di sini kita akan tahu bahawa saham sememangnya dipengaruhi oleh pasaran. Bagaimana pula dengan hartanah? Ya, hartanah juga dipengaruhi faktor luar tetapi ia tidaklah sehebat pasaran saham yang boleh menjadikan seseorang itu kaya

Tuesday 12 June 2012

Pasangan Bahagia



Post kali ni berbeza sedikit. Biasanya aku cerita perkara yang aku buat pada hari tersebut atau 'share' maklumat dan pengalaman yang pernah aku lalui berkaitan pelaburan hartanah dan sebagainya. Kali ni aku post tips untuk suami isteri atau bakal suami isteri untuk menjadikan hidup berkeluarga suatu yang

Monday 11 June 2012

Tips : Beli Tanah


Aku terpanggil untuk berkongsi info bagaimana nak beli tanah, tak kisahlah tanah ekar atau tanah lot sebab ada pembeli tanah aku yang pernah ditipu dalam urusan pembelian tanah sebelum ini. Ok perkara utama nak kena tahu adalah:

1. Lokasi tanah bertepatan dengan geran. Semak dahulu geran dan tengok lokasi tanah. Pastikan no PT, Lot dan lain-lain perkara pada geran sama dengan lokasi tanah. 
Kalau masih ada keraguan minta kepada penjual salinan geran, kemudian anda terus ke pejabat tanah daerah yang berkenaan dan buatlah carian tanpa memberitahu si penjual. Ini untuk memastikan geran tersebut adalah benar.

2. Pastikan nama dalam geran adalah sama dengan penjual. Jika menggunakan agen pastikan anda minta nombor telefon tuan tanah dan lebih baik berjumpa dengan tuan tanah. 
Jika anda telah membuat carian, sudah senestinya nama tersebut sama seperti nama dalam geran yang ditunjukkan kepada anda.

3. Semak kad pengenalan tuan tanah dan pastikan ianya sama seperti dalam geran. 

4. Buat perjanjian jual beli dan pastikan matikan setem untuk menjaga kedu-dua pihak. Anda tak perlu ke pejabat lawyer, cukup sekadar tulisan tangan (lebih baik taip) dan kedua-dua pihak memahami dan setuju terma dan syarat. Catatkan butiran nama penjual, nama pembeli, no kad pengenalan kedua-dua pihak, butiran hartanah (no PT, no Lot dan lain-lain), bayaran deposit, terma bayaran hendaklah ada dalam perjanjian Jual Beli anda

Itu adalah perkara paling asas untuk membeli tanah. Ini kerana ada kes dimana agen menunjukkan tanah kosong yang entah siapa punya dan pembeli terus membayar deposit RM500 - RM 2000 untuk bayaran deposit. Jadi berhati-hati ya...

Post : 
Panduan Membeli Tanah Lot
Kenapa Pelaburan Hartanah?


Maklumat lanjut berkenaan tanah lot, lawati (klik logo):


  

Sunday 10 June 2012

Kenapa Pelaburan Hartanah? - Episod 3

Link : ...episod 2


Dalam episod 1, aku dah ceritakan serba sedikit risiko makan gaji dan bisnes. Kali ini aku nak kongsi kenapa kita perlu melabur dalam hartanah. 
Tapi sebelum itu, aku nak tukar tajuk post supaya lebih praktikal...Jadi untuk post selepas ini aku akan gunakan Tajuk - Tips : Kenapa Pelaburan Hartanah 4.

Friday 8 June 2012

Bandar Chukai, Kemaman


Post kali ini aku nak cerita sedikit tentang Bandar Chukai, Kemaman. Pada tahun 2004 masa aku kahwin dengan isteri aku, Kemaman taklah semaju sekarang ini. Tapi dalam 2-3 tahun kebelakangan ini, Kemaman sangat membangun. Banyak lot-lot kedai pejabat dibangunkan sekitar Kemaman.

Thursday 7 June 2012

ICT & SCT



Petang tadi isteri aku buat ICT & SCT... Lama tak pekena ICT & SCT yang segar ni. Sedap betul rasanya…manis…terbaekk… Apa?..Oh tak faham ya, ICT tu Ikan Celup Tepung dan SCT Sotong Celup Tepung. Kalau di KL kita makan pisang goreng, di sini kita layan ikan dan sotong goreng segar-segar dicicah pula dengan sos buatan tempatan, memang layan…

Tuesday 5 June 2012

Kemaman, Terengganu


Jam 4 pagi tadi kami bertolak ke kampung isteri aku di Kemaman, Terengganu. Kenapa bertolak jam 4 pagi? Jauh sangat ke... Bukan sebab itu...sebabnya anak-anak kami ni dah 4 orang.. Kalau bertolak seawal pagi macam ni kurang sikit kerenahnya. Biasanya perjalanan ambil masa 3 jam setengah. Bawa kereta tak laju mana pun, sambil memandu biasanya aku

Monday 4 June 2012

Tanah Lot Telok Panglima Garang



Petang tadi aku pergi 'site visit' untuk tengok perkembangan kerja-kerja membuat jalan sementara ke tanah lot aku. Nampaknya kerja-kerja berjalan lancar dan pembersihan telah pun siap dijalankan. Lega sikit bila kerja-kerja dapat disiaokan 'on time'. Esok bolehlah kami balik kampung sebab semua

OUM Semester Mei 2012

OUM Petaling Jaya
Pagi ini aku mengajar pelajar baru OUM bagi semester Mei 2012. Aku mengajar di OUM sebagai 'part time' Tutor dan mengajar pada hujung minggu sahaja.  Biasanya pelajar OUM ni terdiri daripada pelajar-pelajar senior yang telah bekerja. Mereka  berusaha untuk meningkatkan taraf pendidikan serta kerjaya mereka. Tahniah kepada mereka semua yang ingin terus memajukan

Saturday 2 June 2012

Malaysia vs Philippines


Malam tadi family aku gi tengok bola persahabatan antara Malaysia vs Philipines. Walaupun keputusan 0-0, tapi kita orang enjoy je..suka-suka. Aku rasa penyudah Malaysia kurang tajam. Ada dalam 4-5 peluang depan gol tapi gagal disudahkan..dah bukan rezeki Malaysia malam tu. Aku bawa isteri &