Thursday 31 October 2013

Kembara ke Tanah Suci : Travelog Umrah Ziarah Jordan 6


Laluan antara Bukit Safa
dan Bukit Marwah

Ikuti Kisah TUZJ 5

Alhamdulillah selesai melakukan ibadah Tawaf, kami terus kekawasan belakang Maqam Ibrahim. Aku terus berdoa betul-betul menghadap ke Multazam dan menunaikan solat sunat dibelakang Maqam Ibrahim tersebut. 

Selepas solat sunat Tawaf aku pun berdoa lagi…mudah-mudahan Allah mengampunkanku dan memakbulkan permintaanku. Ameen…
Setelah selesai, kami semua terus ke bahagian terletaknya Bukit Safa untuk memulakan rukun Umrah yang setrusnya iaitu Sa’ie. Dalam perjalanan kesana, kami semua sempat minum air Zam-Zam serta berdoa.

Setibanya kami di bukit Safa;

Monday 28 October 2013

Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan - Richworks




Assalamualaikum para pembaca blog sekelian...mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati diri anda semua.

Sabtu lepas aku sekali lagi ke seminar anjuran Richworks oleh Dr Azizan Osman - DAO. Kali ini Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan bertempat di Wisma MCA, Kuala Lumpur. Macam biasa memang tersangat ramai yang hadir. Walaupun banyak 'kata-kata' sinis terhadap DAO, tapi aku tak kisah kerana apa yang penting aku nak

Kembara ke Tanah Suci : Travelog Umrah Ziarah Jordan 5


Pemandangan dari tingkat 2 Masjidil Haram

Selepas menunaikan solat


Alhamdulillah kami telah sampai di kawasan penempatan kami selama 8-9 hari seterusnya. Jam sekarang menunjukkan sudah pukul 3.00 pagi waktu Mekah. Kami terus di bawa ke hotel penginapan kami Abeer Garden Hotel.

Semasa di lobi hotel, para petugas Andalusia sibuk menguruskan bagasi, kunci bilik hotel serta makanan kami.

“Assalamualaikum, para jemaah yang di muliakan Allah sekelian, Alhamdulillah haji dan

Thursday 24 October 2013

Kembara ke Tanah Suci : Travelog Umrah Ziarah Jordan 4

Belakang: Jabal Thur

Para Jemaah di Jabal Rahmah


Di dalam hotel jam menunjukkan sudah 4.30 petang waktu di Jordan…

“Sayang, siap-siaplah berkemas dah 4.30 ni… Jangan lupa mandi nanti niat mandi sunat ihram”
“Lepas tu solat sunat ihram terus ya”, aku berpesan kepada diriku dan isteriku.

Selesai memakai ihram dan solat sunat ihram, perasaanku bercampur-baur. Gembira, gementar, sayu, semua ada pada waktu itu. Gembira kerana aku tak menyangka aku telah dijemput Allah ke ‘rumahNya’. Gementar pula kerana

Tuesday 22 October 2013

Kembara ke Tanah Suci : Travelog Umrah Ziarah Jordan 3

Dalam pesawat Royal Jordanian
Isteriku didalam pesawat Royal Jordanian

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, kemungkinan pada masa ini seluruh keluargaku sudah balik ke rumah. Aku dan isteri menunggu diruangan perlepasan sambil memerhatikan beberapa buah pesawat sedang diisi dengan kargo dan bagasi. Penerbangan kami berlepas pada jam 5.50 ptg dari KLIA ke Bangkok Thailand menggunakan pewasat MAS (MH 780) untuk transit disana


Monday 21 October 2013

TGV Cinemas Bukit Tinggi



Malam minggu yang sudah aku membawa anak-anak menonton 'movie' di TGV Cinemas di AEON Bukit Tinggi. Aku janji nak bawa mereka rasanya dah dekat 5-6 bulan lepas. Akhirnya tertunai juga hasrat mereka. 'Movie' yang kami tonton adalah 'Cloudy With A Chance Of Meatballs 2'. Seronok dia orang tengok cerita tu...tak sangka pula yang kecik (Uthailah, 2) pun boleh layan. Budak-budak...walaupun cerita dalam Bahasa Inggeris mereka tetap faham asalkan kartun... 

Saturday 19 October 2013

Kembara ke Tanah Suci : Travelog Umrah Ziarah Jordan 2

Gambar diambil di puncak Jabal Nur luar Gua Hira':
Pemandangan kawasan penempatan sekitar bukit

Gambar diambil di puncak Jabal Nur luar Gua Hira':
Pemandangan Masjidi Haram

Ikuti Kisah TUZJ 1

Selepas perbualan telefon tersebut, aku terus bertanyakan kepada isteriku,

“Sayang, tarikh yang kosong ada 29 Mei, jadi macam mana”. 

Isteriku pun dengan yakin berkata, “Tak apalah bang kita booking je, Inshaa Allah cuti tu boleh sayang uruskan dengan guru besar”.

Wah seronoknya bila penyokong kuat aku memberi sokongan sebegitu. Aku pun tanpa berlengah menelefon


Thursday 17 October 2013

Kembara ke Tanah Suci : Travelog Umrah Ziarah Jordan 1


Gambar diambil selepas solat Maghrib (Jun 2010)

TV Live Stream From Makkah

Assamu’alaikum... ‘post’ kali ini berbeza sedikit daripada yang sebelum ini. Pagi tadi bila sahaja aku ‘on laptop’, terasa teringin nak tengok gambar-gambar kenangan semasa di Mekah. Mungkin selama seminggu yang lalu kebanyakan siaran televisyen menyiarkan tentang Ibadah Haji dan sekaligus mengawal minda separa sedar kita untuk teringat kepadanya. Bila tengok


Salam Eidul Adha

Hari ini sekolah isteriku membuat korban sempena menyambut Eidl Adha. Tiga ekor lembu tumbang pagi ini. Daging korban diberikan kepada penduduk setempat, guru-guru dan murid-murid. Ok kita tengoklah gambar-gambarnya..


Yang ini cuma gambar hiasan...bukan lembu yang sebenar


Wednesday 16 October 2013

Jualan Gudang Karangkraf & Tiara Beach Resort

Assalamu'alaikum... Wah! lama tak 'update' blog..biasalah tak berkesempatan nak menulis. Macam biasalah sibuk dengan urusan-urusan di 'site'. Post kali ini aku nak kongsi serba sedikit perjalanan hidup pada minggu yang sudah...



Jumaat 4 Oktober, aku bawa anak-anak pergi ke jualan gudang Karangkraf di

Wednesday 2 October 2013

Jalan-Jalan Cari Makan


Assalamualaikum....Sepanjang 10 hari lepas sibuk seperti biasa...menyiapkan kerja-kerja tambak projek tanah Olak Lempit. Selain itu melihat tapak-tapak pembinaan (renovation) rumah & berjumpa beberapa orang 'client' tanah lot dan rumah. Cuaca sepanjang minggu memang menguji kesabaran...mana tak nya..semakin gelap hensem aku ni... Tapi tak apa semua dah ketentuan dari