Artikel ni aku ambil dari MajalahNiaga.com - Sumber Informasi Usahawan Malaysia. Memang baik artikel ini.
Kredit : www.majalahniaga.com
“Jika perniagaan tuan puan mempunyai masalah untuk mendapatkan dan mengekalkan lebih ramai pelanggan, maka Seminar Marketing Power adalah jawapannya.”
Ini adalah satu daripada pendapat kami selepas menghadiri sendiri kursus klinik usahawan yang dianjurkan oleh syarikat Richworks.
Tidak kira siapa kita, sama ada:
- Usahawan yang sudah mempunyai bisnes melebihi 5 tahun, dan mencari jalan untuk membesarkan perniagaan mereka.
- Usahawan yang buntu untuk mendapatkan strategi pemasaran yang lebih berkesan untuk menarik ramai pelanggan.
- Usahawan yang kecundang dalam perniagaan dan ingin bangkit semula.
- Pekerja atau pelajar yang ingin mendapatkan duit sampingan ‘geli-geli’ 3 hingga 4 angka sebulan dengan menguasai pemasaran dan kuasa perniagaan.
Menurut jurulatih Seminar Marketing Power, Dr. Azizan Osman, beliau menyatakan perniagaan yang tidak mencecah keuntungan RM1 juta dalam masa 3 tahun, adalah perniagaan yang mempunyai masalah besar.
Mereka perlu lihat balik sistem perniagaan mereka, khususnya dari sudut pemasaran.
Di sini Seminar Marketing Power memainkan peranan mereka. Selain itu, Dr. Azizan Osmanjuga mempunyai formula yang pasti dapat memikat lebih ramai pelanggan dalam tempoh 24 jam.
“Sebagai pemilik perniagaan, tidak kira baru atau lama, strategi P.O.W.E.R adalah satu daripada strategi yang berkesan untuk menarik ramai pelanggan. Bukan esok, tetapi di saat ini juga.” – Dr. Azizan Osman
Formula POWER – Pukau dan Pikat Pelanggan
Bagi yang berminat untuk mendaftarkan diri secara percuma (tempat duduk terhad), sila klik di sini untuk pendaftaran segera.
Prinsip dan strategi POWER ini adalah satu daripada pengisian yang dikongsikan oleh Dr. Azizan Osman.
Berdasarkan perkongsian beliau, kami dapati strategi ini memang terbukti dapat membantu pemilik perniagaan melonjakkan keuntungan dalam masa 24 jam.
Berikut adalah penerangan bagi setiap akronim:
#1 – (P) akar
Jika isteri kita ingin melahirkan khalifah yang pertama iaitu bayi, kita akan memilih untuk berjumpa dengan doktor pakar sakit puan, supaya bayi itu selamat dilahirkan.
Begitu juga dalam perniagaan. Mereka yang pakar mempunyai kelebihan yang besar untuk memperoleh kepercayaan dan keyakinan pelanggan.
Dalam masa yang sama, pakar bermaksud produk mereka mempunyai kualiti yang bagus, serta menyelesaikan masalah orang ramai.
Pemilik perniagaan juga mesti mempunyai ayat pemikat untuk menarik perhatian pelanggan, di saat pertama kali berjumpa dengan mereka.
Ini adalah ayat pemikat yang boleh kita gunakan hari ini, apabila bertemu dengan pelanggan.
“Kepakaran saya adalah menyelesaikan masalah ______________”
#2 – (O) pportunity
“Disebalik setiap masalah dalam dunia ini, pasti terselit satu peluang keemasan.” – Majalah Niaga.
Setiap perniagaan yang dibangunkan adalah berdasarkan satu peluang yang diambil oleh para usahawan untuk menyelesaikan masalah orang ramai. Dari konteks opportunity, tugas kita sebagai usahawan adalah menekankan masalah yang dialami pelanggan.
Sebagai contoh, sekiranya perniagaan kita menjual ayam. Antara masalah kritikal yang boleh digunakan sebagai mesej pemasaran adalah seperti berikut:
“Ayam yang anda makan hari ini adalah HARAM.”
Kenal pasti masalah, kemudian kritikalkan pernyataan masalah itu supaya mesej yang digunakan dapat menjentik emosi pelanggan yang melihat atau mendengarnya.
#3 – (W) ilayah
“Dengan mengetahui wilayah perniagaan kita, maka kita akan tahu betapa besarnya potensi pelanggan yang boleh kita tarik.” – Dr. Azizan Osman.
Betapa pentingnya mengetahui jumlah potensi pelanggan kita. Sekurang-kurangnya kita dapat tahu berapa jumlah pelanggan yang berada di kawasan tempat tinggal kita.
Untuk dapatkan maklumat yang jelas mengenai kepentingan wilayah ini, daftarkan diri untukSeminar Marketing Power yang akan berlangsung hari Ahad ini di Wisma MCA.
#4 – (E) mosi
“Manusia bertindak berdasarkan emosi. Pelanggan adalah manusia. Apabila kita kuasai emosi, maka kita kuasai pelanggan.” – Dr. Azizan Osman.
Keputusan manusia untuk melakukan urusan jual beli biasanya berlaku berlandaskan emosi. Justeru itu, sebagai usahawan, memahami emosi pelanggan adalah satu tugas penting dan kritikal.
Lihat kembali bagaimana produk atau servis yang kita niagakan. Apakah emosi yang wujud di sebalik produk kita terhadap diri pelanggan?
Gunakan emosi itu sebagai mesej kepakaran kita apabila bertemu dengan pelanggan. Juga masukkan ia dalam kempen-kempen pengiklanan kita di serata tempat.
#5 – (R) esults
“Manusia lebih terpengaruh dan lebih yakin apabila produk kita terbukti keberkesanannya.” – Dr. Azizan Osman.
Pemilik syarikat Richworks ini adalah pengamal tegar dalam memberikan ilmu-ilmu yang berkesan kepada para peserta yang hadir ke seminar-seminar anjurannya.
Keberkesanan itu yang membuatkan virus pemasaran merebak dengan pantas. Selain daripada mempengaruhi orang ramai untuk membeli produk kita, ia juga akan mewujudkan pemasaran viral.
Dalam perniagaan, cara ini boleh dipraktikkan menerusi hebahan testimonial pelanggan kita sebelum ini.
Jadikan mereka sebagai alat untuk memberitahu kepada pelanggan, bahawa kita mempunyai produk yang berkualiti dan dapat menyelesaikan masalah mereka.
No comments:
Post a Comment