Assalamualaikum... Alhamdulillah saya sudah kembali ke Malaysia setelah lebih dua minggu berada di Tanah Arab (UAE, Oman & Qatar) bermula 7 - 24 November yang lalu. Banyak pengalaman yang di timba semasa disana. Tidak kurang juga idea-idea perniagaan yang boleh diadaptasi di Malaysia.
Aku sampai di KLIA jam 2.30 petang pada Ahad 24 November. Hari Isnin terus memulakan tugas-
tugas di pejabat, 'site construction' & 'site' tapak-tapak tanah lot. Banyak perkara yang perlu di 'update' terutamanya menyemak akaun, dokumen-dokumen, cek 'punch card' pekerja di 'site' dan menyiapkan beberapa sebutharga.
|
Uzair leka main kereta |
|
Mengisi borang 'booking' unit |
|
Kedudukan Shaftsbury Avenue, Putrajaya |
Pada hari Sabtu berikutnya iaitu 30 November, aku pergi ke 'Soft Pre-Launching' apartment di Putrajaya. Penganjur merangkap 'developer' projek ini Shaftsbury Resources Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang telah membangunkan Shaftsbury Square, Cyberjaya. Projek mereka kali ini adalah Shaftsbury Avenue, Putrajaya. Terima kasih kepada 'partner' aku saudara Johari kerana membawa aku ke sini dan Alhamdulillah kami telah membeli unit Shaftsbury Avenue, Putrajaya ini. Satu permulaan yang amat baik dimana penutup tahun 2013 dan juga awal tahun 1435H aku dapat melabur di Putrajaya...
|
Unit B-17-13 Inshaa Allah milikku |
|
Resit booking RM5000.00 |
No comments:
Post a Comment