Thursday, 12 December 2013

Dokumen Pindahmilik Tanah - Borang 14A VS Surat Amanah

Muka depan Borang 14A

Perbezaan Pindah Milik menggunakan Borang 14A dan Surat Ikatan Amanah

Pindah Milik menggunakan Borang 14A adalah standat kepada proses tukar milik hartanah. Borang 14A adalah Borang Tukar Nama dimana borang ini digunakan untuk proses tukar nama didalam sesebuah geran tanah. Ia merupakan salah satu 'instrument of transfer' dikenali juga sebagai 'Memorandum of Transfer' atau singkatannya MOT. 

Semasa proses jual beli berjalan, selain daripada Perjanjian JualBeli (S&P / SPA), Borang 14A

(mempunyai 4 muka surat) juga harus diisi dan ditandatangani oleh Penjual & Pembeli dengan disaksikan serta dengan pengesahan Timbalan Pegawai/Pendaftar Tanah/Daerah (ADO) atau Pegawai Daerah (DO).

Borang 14A kemudiannya di hantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk di adjudikasi (penialaian) dan akan dicop duti setem penuh. Pada kebiasaannya nilai setem tersebut adalah 1% daripada harga jual beli atau daripada harga semasa hartanah tersebut (yang mana lebih tinggi). 

Setelah selesai barulah Borang 14A  ini akan dihantar kembali ke Pejabat Tanah utk proses Pendaftaran penama baru.

Borang 14A ini digunakan pada situasi dimana pembeli membeli keseluruhan tanah penjual yang sudah memiliki nama didalam geran atau membeli sebahagian tanah penjual dengan syarat keluasan sama atau melebihi 1 ekar. Untuk menjelaskan situasi di atas lihat contoh transaksi dibawah:

Kes 1:
Jika Ahmad mempunyai tanah seluas 1 ekar dan hendak menjual keseluruhan tanah tersebut.
- Maka Borang 14A akan digunakan.
Nama Ahmad akan digantikan terus dengan nama pembeli.

Kes 2:
Jika Ahmad ada ½ ekar tanah dan mempunyai nama dalam geran (mungkin mewarisi tanah daripada bapanya) dan hendak menjual keseluruhan ½ ekar tanahnya.
- Maka Borang 14A akan digunakan.
Ini disebabkan nama Ahmad ada didalam geran dan dia hendak menjual keseluruhan tanahnya seluas ½ ekar itu. Pada kes ini, tidak kisah jika tanah anda sekecil mana pun asalkan nama sudah didalam geran, maka Borang 14A digunapakai.  

Kes 3:
Jika Ahmad mempunyai tanah seluas 2 ekar dan hendak menjual hanya 1 ekar tanah.
- Maka Borang 14A akan digunakan.
Walaupun Ahmad menjual hanya sebahagian, namun tanah yang dijual sama / melebihi 1 ekar, maka  Borang 14A digunapakai.  

Surat Ikatan Amanah pula digunakan apabila proses Pindah Milik tanah kurang daripada 1 ekar. Namun aku pernah terdengar tanah ¾ ekar juga boleh dipindah milik menggunakan 14A.  

Kes 4:
Jika Ahmad mempunyai 1 ekar dan hendak menjual sebahagian tanah katakan ½ ekar.
- Maka Surat Ikatan Amanah akan digunakan.
Ini disebabkan Ahmad hendak menjual tanah yang kurang daripada 1 ekar walaupun namanya didalam geran.

Surat Ikatan Amanah akan dikeluarkan sebagai tambahan kepada geran tersebut untuk menyatakan nama pembeli serta haknya terjamin sama seperti pemilik geran berdaftar. Pemilikan tanah tersebut oleh pembeli adalah sah dan mengikat waris, keturunan dan semua pihak-pihak yang terlibat. 

Jadi tiada isu disini, walaupun anda membeli tanah menggunakan Surat Ikatan Amanah. 

Post : Panduan Membeli Tanah Lot

Jika masih ada kemusykilan boleh tuliskan pada ruangan komen dibawah. Inshaa Allah pertanyaan anda akan dijawab.

No comments:

Post a Comment