Sunday, 10 June 2012

Kenapa Pelaburan Hartanah? - Episod 3

Link : ...episod 2


Dalam episod 1, aku dah ceritakan serba sedikit risiko makan gaji dan bisnes. Kali ini aku nak kongsi kenapa kita perlu melabur dalam hartanah. 
Tapi sebelum itu, aku nak tukar tajuk post supaya lebih praktikal...Jadi untuk post selepas ini aku akan gunakan Tajuk - Tips : Kenapa Pelaburan Hartanah 4.

Tips : Kenapa Pelaburan Hartanah 3.
Pelaburan hartanah tidak mengganggu masa kerja dan bisnes anda. 
Seperti yang kita tahu, apabila kita membuat urusan membeli rumah untuk disewakan, kita hanya menguruskan urusan tersebut mungkin dalam masa 2-3 bulan dan dalam masa tersebut mungkin tak sampai 20 hari kita betul-betul menguruskannya. Selepas kita mendapat rumah tersebut urusan seterusnya adalah untuk menyewakan. Urusan mencari penyewa pun tidaklah begitu sukar jika rumah yang kita beli adalah dikawasan 'panas'. Setelah selesai urusan tersebut tugas anda hanya perlu memantau rumah tersebut dari jauh.   Setiap bulan anda akan dapat duit sewa..betul tak? Anda hanya perlu semak akaun anda setiap awal bulan atau tunggu sahaja sms dari penyewa anda yang menyatakan mereka dah 'bank in' upah anda. Maknanya pelaburan hartanah langsung tidak menjejaskan masa anda.

Pelaburan hartanah memberikan anda keuntungan walaupun anda sedang tidur. 
Keuntungan pelaburan hartanah adalah daripada dua aspek. Peningkatan harga rumah tersebut dan keuntungan bulanan yang anda dapat melalui sewaan. Katakan anda membeli  'apartment medium cost' yang berharga RM80,000 pada tahun ini, apa yang berlaku dalam masa 10 tahun akan datang, tentulah harganya akan naik bukan? Mengikut kiraan kasar, hartanah akan naik sekitar 100% dalam masa 5-8 tahun. Tapi ingat ada kawasan tertentu nilaian hartanahnya naik 100% hanya dalam masa 1-2 tahun sahaja. Itu baru kenaikan harga rumah, bagaimana dengan keuntungan sewa pula. Apartment yang anda beli pada harga RM80,000 tadi secara kasarnya anda akan membayar pinjaman bank sebanyak RM450 sebulan. Sewa yang anda boleh letakkan adalah sebanyak RM600. Jadi disini sahaja anda ada lebihan sebanyak RM150 sebulan dimana pulangan tahunan adalah RM1800. Cuba anda bayangkan kalau anda ada 10-20 buah apartment. 

Kisah Seorang sahabat 'Si Z' 
Aku ada seorang rakan (Si Z) yang akhirnya terbuka hati untuk belajar bermain hartanah ini. Pada tahun lepas dia call aku untuk bertanya beberapa perkara berkenaan urusan pembelian rumah, sewaan, bank loan dan perkara yang berkaitan. Aku sangat gembira sebab pada tahun lepas sahaja Si Z telah membeli 2 buah 'apartment medium cost', 1 rumah teres dan sebidang tanah untuk dijual secara lot. Pada tahun ini pula, Si Z sedang menunggu 2-3 buah apartment lagi dan kalau ada rezeki mungkin kedai pertamanya. Wah!! Kagum bukan...Ok aku cerita tentang 2 buah 'apartment medium cost'nya dan sebuah rumah teresnya.

1. Apartment Medium Cost RM 60,000
- Downpayment = RM 6,000
- Lain-lain kos = RM 5,000 (anggaran)
- Loan bank = RM RM 330/bln
- Sewa = RM 500


- Modal awal = RM 11,000.00
- Keuntungan sewa = RM 500 - RM 330 = RM 170/bln
- Keuntungan sewa tahunan = RM 170 x 12 = RM 2,040

Kadar Pulangan = 2040 / 11000 * 100 = 18.55% setahun dari penyewaan tidak termasuk keuntungan atas kenaikan NILAI RUMAH beliau.

2. Apartment Medium Cost RM 70,000
- Downpayment = RM 7,000
- Lain-lain kos = RM 5,000 (anggaran)
- Loan bank = RM RM 360/bln
- Sewa = RM 600


- Modal awal = RM 12,000.00
- Keuntungan sewa = RM 600 - RM 360 = RM 240/bln
- Keuntungan sewa tahunan = RM 240 x 12 = RM 2,880


Kadar Pulangan = 2880 / 12000 * 100 = 24% setahun dari penyewaan tidak termasuk keuntungan atas kenaikan NILAI RUMAH beliau.


3. Rumah Teres RM 65,000 (Kuala Terengganu)
- Downpayment = RM 6,500
- Lain-lain kos = RM 3,500 (anggaran)
- Loan bank = RM RM 320/bln
- Sewa = RM 400


- Modal awal = RM 10,000.00
- Keuntungan sewa = RM 400 - RM 320 = RM 80/bln
- Keuntungan sewa tahunan = RM 80 x 12 = RM 960


Kadar Pulangan = 960 / 10000 * 100 = 9.6% setahun dari penyewaan tidak termasuk keuntungan atas kenaikan NILAI RUMAH beliau. Walaupun 9.6%, masih lagi ok berbanding A@@...

2 comments:

  1. Tq bro...Kirin Salam Kat si Z tu...:) Tanya dia...umur 40 mesti Jadi JUTAWANG...:) ameen .

    ReplyDelete
  2. InsyaALlah...selagi ada usaha pasti ada jalan..

    "Allah takkan mengubah nasib suatu kaum, melainkan kaum itu mengubah sendiri nasibnya"

    Jadi semuanya ada di tangan kita sendiri.

    Wallahua'lam..

    ReplyDelete