Saturday, 5 May 2012

5 Tips: Perancangan Kewangan (Part 1)


Di sebabkan pagi tadi aku pergi ke seminar kewangan, ‘post’ kali ini aku nak kongsi tips kewangan. Aku bukanlah berkelulusan kewangan tapi apa yang aku kongsi ini adalah dari hasil pembacaan, kajian dan yang paling penting aku dah melalui pengalaman ini. Sebab dalam blog aku ni, aku cuma berkongsi apa yang pernah aku buat sahaja. Kata..hanya sekadar perkongsian… jadi aku akan kongsi apa yang pernah aku lalui sahaja.

1. Faham wang
Anda semua kena faham tentang wang. Ada orang kata, “wang bukan menjamin masa depan”, “duit bukan segalanya” dan banyak lagilah. Aku
hormati pendapat orang, jadi tak kisahlah dia nak kata apa pun. Bagi aku, wang sangat penting dan perlu kita cari sebab dengan duit kita dapat mengembangkan empayar kita dan menjadi kaya. Apa pentingnya kaya?  1. Dapat bantu Islam (zakat & infak) 2. Bantu keluarga dan banyak lagi kita boleh buat..
Selain itu, kita kena tahu macam mana nak dapatkan wang.. kerja, bisnes, buat ‘part time’, pinjam dll..
Lepas tahu dan faham pasal wang…kita pergi ke Simpan wang.

2. Simpan wang
Anda semua dah tahu macam mana nak cari wang, perkara seterusnya adalah simpan wang. Jadi letakkan matlamat berapa simpanan yang kita patut ada. Rahsianya adalah dengan merancang.
Simpan sedikit wang gaji, bisnes dan ‘part time’ anda setiap bulan, katakanlah umur anda 25 tahun dan anda simpan RM500 sebulan setiap bulan sehingga anda berumur 55 tahun. Secara kasarnya anda telah menyimpan sebanyak RM180,000.00. Tapi macam mana kalau anda simpan di ASB (purata 8%) atau apa-apa mekanisme yang menjana lebih dari itu. Klau dalam ASB je yang bagi anda 8% tu..anda dah ada lebih kurang RM465,000.00. Kenapa..tak percaya, kalau tak percaya kira manual ya.. (siapa nak excel, saya dah siapkan) tolong bagi email je.  Haha, itu baru ASB yang bagi 8% tu..

Yang di bawah ni kita sambung ‘part 2’ ye...

3. Belanja wang
4. Labur  wang

No comments:

Post a Comment