Monday, 14 May 2012

Selamat Hari Ibu



Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu...
Selamat Hari Ibu untuk emak dan isteriku..
Jasamu tak terbalas.. Sebenarnya tiada istilah hari ibu..hari ibu perlu di sambut setiap hari. Dialah yang melahirkan. menyusukan, mendidik, mengajar menbesarkan dan banyak lagi pengorbanan ibu..

Doa untuk ibu & bapa


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka


Ya Allah
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, 
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah


Ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan 
dengan kebaikan berlipat ganda.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu…


Amin Ya Rabbal 'alamin
Link:Video klip Kisah Kasih Ibu

No comments:

Post a Comment