Soalan : Kenapa Pelaburan Hartanah? (Pinjam daripada tajuk post)
Jawapan : 80% jutawan diseluruh dunia membuat JUTA-JUTA dalam pelaburan hartanah. Kalau tak percaya GOOGLE je..
Soalan : Kenapa tak bisnes je?
Jawapan : Bisnes pun ada risikonya, takpe nanti aku terangkan..
Soalan : Macam mana nak beli hartanah kalau gaji kecik?
Jawapan : Mmmmm...ok tak apa nanti aku ceritakan juga macam mana gaji aku dulu cuma RM2300 + isteri aku masih belajar dan aku dah mula berjinak-jinak dengan property ni..
Untuk soalan satu kenapa majoriti jutawan melabur dalam hartanah...sebabnya pelaburan hartanah adalah kebal, dapat menjana pendapatan pasif dan nilai hartanah sentiasa meningkat..
Ok untuk soalan kedua...sebenarnya ramai orang tak sedar bahawa bisnes atau makan gaji ada risiko yang tinggi, sebab apa aku cakap begitu.. Katakan anda seorang yang makan gaji, pernahkah dalam hati anda terfikir macam mana kalau majikan anda memberhentikan anda...apa akan jadi dengan anda dan keluarga. Siapa nak bayar rumah, kereta dan lain-lain. Ya betul, mungkin ada yang menjawab.. tak apa aku kerja dengan kerajaan. Ok, bagi aku kerja dengan kerajaan lagi membuatkan kita lupa diri..kita rasa kita dah stabil dan selesa (confort zone). Hujung bulan dapat gaji, kerajaan tak akan bankrup atau kerajaan tak akan buang aku... Ha..itulah yang menjadikan kita makin SELESA SANGAT-SANGAT.... Jadi kita akan ikut saja peredaran masa.. Jadi hiduplah dalam keadaan yang selesa tu..

Bagi yang bisnes..apa kata tiba-tiba bisnes anda jatuh? mesti ada yang kata kalau dah stabil macam mana nak jatuh..Hello....ingat tak beberapa tahun lepas company aset berbillion jatuh bankrup...company tu dah berpuluh tahun bisnes..
Ok ambil yang mudah, katakan si A ni bisnes dengan kerajaan..kontrak tetap. Kontrak selama beberapa tahun dengan nilai setahun 1 juta. Kalau 1 juta katakan untung bersih 30%, jadi RM300,000. Apa yang anda buat dengan duit tu.. Aku rasa mesti tukar kereta / tambah kereta, renovate rumah, holiday, lifestyle pun mesti berubah... Akhirnya, duit tu habis macam tu sahaja, sebab si A fikir projek ni dah kontrak beberapa tahun.. Masuk tahun kedua tu dapatlah 'hidayah'..tak nak enjoy sangat, jadi dapat keuntungan tu besarkan lagi operasi syarikat..dan pada masa tu ada pulak orang sabotaj syarikat si A dan kerajaan tamatkan kontrak... Jadi anda semua tahu jawapannya. Macam mana dengan hutang kereta dan hutang-hutang lain..
No comments:
Post a Comment