Monday 11 November 2013

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary - 2




Link: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary - 1
Apa yang anda patut tahu...


Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa? 
BERNAS...BERNAS milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Makan nasi lemak sambil minum kopi 0. Kalau orang Johor beli air dari siapa?
Aliran Ihsas Resources...Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Minum kopi mesti campur gula. Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR. MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ; MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sepenuhnya.

OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? 

= Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Guna microwave oven elektrik, TNB beli elektrik dari siapa?
IPP...'share' IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff. 
Malakoff milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Sekarang dah makan, nak ronda-ronda pula naik motor. Motor Kriss, keluaran MODENAS...Modenas milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Dah ronda, singgah nak beli baju mahal...pergi Spark Manshop.
Spark Manshop siapa punya? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Beli baju murah sikitlah, jumpa 'brand' buaya. 
Crocodile siapa punya? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Beli seluar 'jeans' pulaklah...jumpa Lee Coopers dan Lois.  Lee Coopers dan Lois milik Amtek Garments Sdn. Bhd.
Amtek Garments Sdn. Bhd siapa punya? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Dah shooping baliklah, nak naik kereta pula...naik kereta Proton. 
Proton milik DRB HICOM...DRB HICOM milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak Protonlah naik Honda. 
Honda Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat.
Bank Muamalat milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Kereta kena ada insurans 'coverage'. Insurans beli dari siapa? = 
Uni Asia Insurance...Uni Asia Insurance milik siapa?= Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM.
Puspakom milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Ok la tak nak naik kereta. Naik keretapi lagi senang. Landasan keretapi siapa buat?= MMC...MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Sekarang, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary pun nak ambil alih KTMB. 

Tak nak naik keretapilah, naik kapal terbang saja nak pergi Johor!
Senai Airport milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahajala. Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Tanjung Pelepas Port milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port.
Johor Port milik siapa? = MMC...MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Ok la…I orang KL, naik MRT sahaja, apabila siap Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? = MMC...MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Macam ni la… tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja. Nak hantar surat, kena lekat setem. Beli setem keluaran POS.
POS Malaysia siapa punya? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Dah duduk rumah baca buku sahaja. Buku-buku beli dari MPH.
MPH siapa punya? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tahniah...

No comments:

Post a Comment