Monday, 11 June 2012

Tips : Beli Tanah


Aku terpanggil untuk berkongsi info bagaimana nak beli tanah, tak kisahlah tanah ekar atau tanah lot sebab ada pembeli tanah aku yang pernah ditipu dalam urusan pembelian tanah sebelum ini. Ok perkara utama nak kena tahu adalah:

1. Lokasi tanah bertepatan dengan geran. Semak dahulu geran dan tengok lokasi tanah. Pastikan no PT, Lot dan lain-lain perkara pada geran sama dengan lokasi tanah. 
Kalau masih ada keraguan minta kepada penjual salinan geran, kemudian anda terus ke pejabat tanah daerah yang berkenaan dan buatlah carian tanpa memberitahu si penjual. Ini untuk memastikan geran tersebut adalah benar.

2. Pastikan nama dalam geran adalah sama dengan penjual. Jika menggunakan agen pastikan anda minta nombor telefon tuan tanah dan lebih baik berjumpa dengan tuan tanah. 
Jika anda telah membuat carian, sudah senestinya nama tersebut sama seperti nama dalam geran yang ditunjukkan kepada anda.

3. Semak kad pengenalan tuan tanah dan pastikan ianya sama seperti dalam geran. 

4. Buat perjanjian jual beli dan pastikan matikan setem untuk menjaga kedu-dua pihak. Anda tak perlu ke pejabat lawyer, cukup sekadar tulisan tangan (lebih baik taip) dan kedua-dua pihak memahami dan setuju terma dan syarat. Catatkan butiran nama penjual, nama pembeli, no kad pengenalan kedua-dua pihak, butiran hartanah (no PT, no Lot dan lain-lain), bayaran deposit, terma bayaran hendaklah ada dalam perjanjian Jual Beli anda

Itu adalah perkara paling asas untuk membeli tanah. Ini kerana ada kes dimana agen menunjukkan tanah kosong yang entah siapa punya dan pembeli terus membayar deposit RM500 - RM 2000 untuk bayaran deposit. Jadi berhati-hati ya...

Post : 
Panduan Membeli Tanah Lot
Kenapa Pelaburan Hartanah?


Maklumat lanjut berkenaan tanah lot, lawati (klik logo):


  

No comments:

Post a Comment