Thursday 17 May 2012

Lulus atau Gagal...


Mari kita lihat siapa yang kena...
Pagi ini aku bersiap-siap untuk menghabiskan tugasan menanda kertas peperiksaan salah satu IPT di Malaysia. Macam biasa, aku suka duduk kat luar rumah untuk tugasan seperti ini. Maklumlah banyak skrip kena baca...berpinar mata..jadi kalau duduk di luar ni bolehlah rehat-rehatkan mata selepas 45-60 minit membaca.. Kadang-kadang bila lama membaca dan fokus mencari jawapan
ni, bila kita pandang objek jauh...perrghh susah betul nak fokus objek tu... Terasa macam dah tua pula..hehe.. Tanda kertas ni memerlukan ketelitian..kesian kadang-kadang ayat panjang tak ada pun isi. Jadi kena baca betul-betul...masa depan mereka ni..

No comments:

Post a Comment