Ok sambungan dari Tips : Perancangan Kewangan (Part 1)
3. Belanja wang
Anda semua dah tahu macam mana nak cari dan simpan wang. Jadi perkara seterusnya adalah belanja... Apa...belanja!!! best tu... Hellooo..belanja ya bukan berbelanja...
Aku tahu ramai yang suka berbelanja (shopping).. Jadi kat sini aku nak bagi tahu cara nak belanja dengan betul. Ok selepas cari dan simpan duit, selebihnya barulah belanja..tapi ingat belanja yang keperluan dahulu baru kehendak... Faham...ok aku bagi contoh..
Keperluan: Makanan, pelajaran, kesihatan dan yang penting-pentingKehendak: Baju baru, jam baru, apa-apa jelah yang baru-baru sedangkan yang dah ada boleh dipakai lagi...
4. Labur wang
Ok, lepas dah belanja yang 'wajib' (keperluan tadi).. Baki duit kita ni hendaklah di laburkan. Terpulang kepada anda nak labur di mana sahaja asalkanm endatangkan keuntungan. Masuk ASB, FD dan banyak lagi instrumen kewangan..tapi % pulangan agak kecil.. Kalau anda berani boleh labur kepada emas, hartanah dan lain-lain...Tapi kalau dah tak tahu sangat mana nak labur...bagi aku je duit korang tu...tahulah aku nak buat apa...
5. Jana wang
Jana disini bermaksuk beranakkan duit anda..biar duit buat duit...sekarang ni kita kerja baru buat duit..ini apa kata biar duit buat duit... Nak tahu camna..ada banyak cara... Caranya dengan melabur.. Nanti aku akan post tentang macam mana nak JANA duit melalui peLABURan anda...
Tips : Perancangan Kewangan (Part 1)
No comments:
Post a Comment