Thursday 27 December 2012

Kambing Golek Panggang






Post kali ini berkaitan kambing golek. Pada Raya Haji yang lepas aku beli seekor kambing kecil, orang yang jual kat kedai frozen kata 'baby goat'. Saja nak jamu ahli keluarga yang balik ke Kemaman. Seronok juga dapat jamu

Tuesday 25 December 2012

Bukit Gambang Resort

Uqail, Umairah & Uzair
Uqail
Uthailah
Uzair
Minggu lepas kami sekeluarga balik kek kampung isteri aku di Kemaman. Semasa disana kakak ipar aku dari Pasir Mas, Kelantan pun balik ke Terengganu. Jadi kami sepakat untuk menghabiskan satu hari di Bukit

Monday 24 December 2012

Restoran Zam Zam Shah Alam

Keluarga Cikgu Khasmuri
Cikgu Khasmuri & En Nazri
Keluarga En Nazri
Restoran Zam Zam
Dua minggu lepas kami makan di Restoran Zam Zam Shah Alam, pekena Nasi Arab. Aku makan di sini bersama keluarga, 'partner' tanah lot aku dan pembeli tanah lot aku (Cikgu Khasmuri - lot Jln Tanjung & En Nazri - lot Jln Waja). Tujuan kami adalah untuk meraikan mereka yang telah sama-sama menjadi sebahagian keluarga kami. Seronok kami makan beramai-ramai. Sambil makan

Tapak Projek 2 : Kg Sijangkang





Selepas melawat 'site' Johan Setia, aku terus bergerak ke Kg Sijangkang untuk  melihat progres kerja pembinaan rumah Pn Nurul Mabrurah (adik arwah ustaz Asri Rabbani). Alhamdulillah, kerja-kerja memasang struktur bumbung & kekuda sedang dijalankan. Kayu-kayu pun baru sahaja pagi ini sampai, jadi

Tapak Projek 1 : Taman Johan Setia





Disebabkan esok hari cuti, jadi hari ini aku pergi semua 'site' untuk buat pemantauan. Alhamdulillah semua mengikut jadual. Tapak projek pertama aku melawat di Taman Johan Setia, Klang. Kerja memasang bumbung dah siap dan kerja-kerja 'wiring' sedang dijalankan oleh 'team' faris..terima kasih faris kerana sudi membantu. Lepas ini kerja memasang siling plaster akan dibuat.

Sunday 23 December 2012

Tapak Projek Tanah Lot Terbaru




Tapak Lot Terbaru

Kerja-kerja untuk sebutharga sudah siap Sabtu lepas, semalam aku ke Kg Sijangkang untuk tengok sebidang tanah. Tuan tanah 'offer' untuk jual kepada aku. Hasil pemerhatian, aku berpuashati dengan ukuran tanah dan lokasi tanah. Jadi sebagai tanda jadi, aku bagi sikit wang deposit. InsyaAllah hari Rabu nanti urusan seterusnya (sain S&P) dengan tuan tanah. Aku dah siapkan

Saturday 22 December 2012

Sebutharga Untuk 2 Buah Rumah

Pelan Projek Ampang
Hari ini aku tak keluar ke 'site' sebab kena siapkan sebutharga bagi 2 buah rumah : 1. buang dan bina rumah  dan 2. 'renovate' rumah. Ok Alhamdulillah dah selesai cuma mungkin sedikit perubahan kecil kalau ada. Rumah pertama di Kg Sijangkang, nak buang rumah lama (papan) di bahagian depan dan bina binaan baru (batu) bersambung dengan dapur sediada. Keluasan binaan baru

Thursday 20 December 2012

Kembali Merindu


Assalamu'alaikum... Kembali merindu...nyanyian kumpulam SLAM. Peh, lama betul aku tak 'update' blog aku ni..rindunya. Kepada para pembaca, minta maaf banyak-banyak sebab lama sangat tak menulis. Selama hampir 3 bulan ni, aku betul sibuk sampai tak sempat kemaskini blog. Urusan tanah lot, 'develop' rumah orang dan urusan lain. Tapi setelah ada galaxy note10.1 ni,

Wednesday 3 October 2012

Geram!!! Jangan Pandang Sebelah Mata



Nak cerita ni kenapa aku geram sangat.. perasaan geram datang sebab ada orang perlekehkan kerja aku...Bagi orang yang tak kenal aku, dia orang pandang sebelah mata je... Cakap dengan aku macam aku ni tak ada kelulusan. Hello!!!...aku dah sampai tahap PhD tau walaupun belum habis lagi dan InsyaAllah aku akan habiskan juga. Aku dah pernah mengajar di Universiti

Belanjawan & Bonus 2013


Lama betul aku tak 'update' blog ni. Maklumlah kekangan masa, sibuk dengan aktiviti seharian di 'site'. Apa cerita Belanjawan 2013 baru-baru ni...dengarnya penjawat awam dapat bonus 1.5 bulan. Tapi yang musykilnya, bajet ni baru di bentangkan tapi macam mana bonus setengah bulan gaji hari tu (bulan 8) dah dapat. Dari mana pulak peruntukkan tu datang...

Thursday 13 September 2012

Persediaan Piala Suzuki AFC



Selasa lepas aku dan 2 orang anak aku (Umairah & Uzair) pergi ke Stadium Shah Alam untuk menonton perlawanan Bola Sepak di antara Malaysia VS Vietnam. Tapi kesudahannya Malaysia tewas 2-0. Apa pun kami bertiga seronok setelah lama tak tengok bola. Kepada pasukan Malaysia, pastikan Piala AFC dapat di kekalkan di Malaysia.  

Monday 10 September 2012

'Renovation' Bermula



Minggu ini kerja-kerja 'renovation' di rantau panjang bermula. Satu 'team' telah dikerah untuk kerja pecah rumah. Satu 'team' lagi bergerak ke Rawang untuk kerja-kerja baik pulih bumbung dan paip bocor sebuah pejabat. Minggu depan bermula pula kerja 'renovation' di USJ. Rezeki tak putus, Alhamdulillah...

Friday 7 September 2012

Kerja-kerja di BTS Engineering





Projek kali ni melibatkan 'company' pula. Pemiliknya melayu dan projeknya berjuta-juta. Daripada input yang aku dapat, ada dua syarikat sahaja di Malaysia ni yang buat projek macam 'company' ni. Wah! patutlah 'client-client' besar-besar - KLIA airport, PLUS..banyaklah...ngeri aku nak cerita. Tapi sekurang-kurangnya aku dah kenal Bos dia... Bolehlah bagi projek sikit-sikit kat aku..hehe..

Wednesday 5 September 2012

Rantau Panjang



Rantau Panjang dimana ya...sudah tentu ramai yang menjawab Kelantan. Tapi tahukah anda di Klang, Selangor pun ada kawasan yang diberi nama Rantau Panjang. Pagi tadi aku ada temujanji dengan 'client' untuk 'renovate' rumahnya di Rantau Panjang Klang. Rumah ini baru dibeli dan masih belum diduduki, jadi senang untuk buat kerja-kerja ubahsuai. Terdapat lebih kurang 30-40 buah rumah dikawasan ini dan tak sampai 10 rumah yang sudah berpindah masuk. Rasanya 'company' aku yang pertama masuk kawasan ni..Wah! peluang besar ni.. Boleh tapau habis rumah kawasan ini. Alhamdulillah, 'job' tak putus-putus sejak aku mengambil keputusan BESAR sebelum bulan puasa yang lalu. 

Monday 3 September 2012

Tanah Lot Telok Panglima Garang


Padat jadual aku hari ini, maklumlah hari Isnin. Sebelah pagi aku menyiapkan kerja-kerja pejabat yang dah lama tertangguh. Aduhai kena cari kerani untuk uruskan ni. Kena 'update' akaun, cek pembayaran penyewa, siapkan kertas kerja, balas email dan lain-lain. Dari jam 8.30 - 12.00 tgh hari aku mengadap PC. Jam 12.00 pula bergegas ke Shah Alam untuk berjumpa dua (2) orang pembeli tanah Lot Jln Waja Sijangkang (berhampiran kaw industri Telok Panglima Garang). Kami berjumpa di Seksyen 7 Shah Alam. Alhamdulillah selesai kerja di Shah Alam. Mereka berdua dah 'confirm' ambil 5 lot (seorang 2 lot & seorang lagi 3 lot) dan sudah membayar deposit pada hari itu juga. Jadi tanah di Jln Waja ni tinggal lagi 2 lot ye.. Alhamdulillah. Jam 2.30 ptg pula aku ada temujanji di USJ untuk urusan 'renovation' rumah. Alhamdulillah, dapat 'job' lagi. Selesai di USJ gerak kembali ke Shah Alam untuk berjumpa 'partner' tanah lot aku dan kali ni pekena Nasi Arab..laparnya perutku..  


Info berkaitan tanah lot terkini:

Saturday 25 August 2012

Berjumpa Pembeli Tanah Lot



Pagi ni aku ada temujanji dengan pembeli tanah lot aku. Pembeli ni merupakan pembaca blog aku..patutlah dia dah tahu serba sedikit latar belakang aku. Aku & isteri berjumpa dengan pembeli (En. Khairul) & ibunya di Tesco Setia Alam. Borak punya borak dekat 2 jam jugalah kami bersembang. Alhamdulillah En. Khairul bersetuju untuk ambil 1 lot dan membayar deposit RM3000. Jadi untuk tanah lot di Jln Tanjung Sijangkang ni tinggal 1 lot je..

Info berkaitan tanah lot terbaru:
www.aradaproperty.blogspot.com

Friday 24 August 2012

Kerja! Kerja! Kerja!







Baru raya ke-6 dah kena kerja balik. Aduh! malasnya...tapi dah kerja kita kenalah buat juga. Lepas raya ni projek pertama kami di TTDI juga...Tuan rumah ni masih tak puas hati lagi. Kena tambah lagi baru cantik. Tak apalah kak...asalkan bayar..projek siap dalam masa sehari sahaja. Alhamdulillah rezeki selepas cuti berhari raya...

Sunday 19 August 2012

Suasana di Pagi Raya





Ok..beratur semua...buat satu barisan panjang... Bersiap sedia nak minta maaf dan 'Collect' duit... Hahaha..ini lah saat-saat yang dinantikan oleh anak-anak kecil.. Seronok mereka jika dapat duit raya, disinilah kemeriahan raya kepada kanak-kanak. Kepada yang dewasa, masa inilah kita boleh berjumpa keluarga, bergembira, bermaafan setelah jarang berjumpa.. Seronok bila kita dapat kecapi 'moment' seperti ini.