Pesta Buku kembali lagi..kali ini di katakan paling besar di Asia Tenggara. Ini bermaksud rakyat kita sudah jadikan buku sebagai teman. Memang ramai yang datang masa aku pergi ke sana. Seronok rasanya bila tengok pelbagai lapisan masyarakat datang ke 'pesta' ini.
Aku sempat membeli beberapa naskah buku dan poster. Banyak juga diskaun
yang diberikan..10%, 20%, 30%... Kalau nak diskaun lebih kenalah manis mulut dengan promoter kat sana..biasanya mereka akan bagi diskaun yang lebih baik. Banyak-banyak pelaburan yang bermanfaat dan menguntungkan adalah Pelaburan Ilmu. Dengan adanya ilmu semua perkara akan jadi lebih mudah.
RasuluLlah bersabda:
"Tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina,
kerana menuntut ilmu itu wajib ke atas orang islam".
Jadi melaburlah dalam ilmu nescaya anda akan berjaya. Sebelum aku singgah di Pesta Buku ni, aku ada urusan di Ibupejabat MARA. Maklumlah, dulu MARA ada tolong aku masa belajar, jadi mestilah ada urusan-urusan yang berkaitan..betul tak? Harap-harapnya urusan itu dapat keputusan positif...jadi taklah susah sangat aku nak bayar balik.
No comments:
Post a Comment