Saturday, 5 May 2012

Setia Alam - Master Plan


Master Plan Setia Alam yang terbaru
Pagi tadi aku berjumpa dengan beberapa rakanku untuk menghadiri satu seminar berkaitan kewangan. Ada jugalah ilmu baru yang aku belajar. Betullah kata bijak pandai, ilmu itu akan berkembang bila kita mencari dan kita akan rasa tidak cukup dengan ilmu yang kita ada. Selepas daripada seminar tersebut, aku dan rakan-rakanku tadi bergerak ke Setia Alam untuk
meninjau peluang-peluang hartanah di sana. Di Setia Alam ni, aku ada dua buah ‘property’ yang aku sewakan, satu rumah dan satu lagi kedai. Ternyata pelaburan di sini memang sangat-sangat berbaloi. Maklumlah ‘developer’nya SP Setia.. Teringat aku masa lalu, kawan aku ada beli rumah teres dua tingkat di sini (fasa 1), harga masa tu dalam RM180,000.00 tapi sekarang rumah teres dua tingkat (fasa terkini) mencecah RM600,000.00. Wah!!! Memang berbaloi-baloi…Nasib baik aku pun ada property kat sini. Harap-harap kedai aku ni bolehlah jual...mmm berapa ya...

No comments:

Post a Comment