Tuesday, 31 December 2013

Harga Rumah Semakin Naik?


Assalamualaikum...
lama aku tak buat 'posting'. Kali ini nak kongsi berkaitan artikel akhbar Sinar Harian.

Harga Rumah Semakin Naik?
Rumah Teres Di Selangor Cecah RM 1 Juta Menjelang Tahun 2020

Ini merupakan salah satu tajuk artikel mengenai kenaikan harga rumah teres yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian akan mencecah hampir RM 1 juta menjelang tahun 2020.


Kenaikan harga rumah yang mendadak ini semestinya memberikan kesan kpd golongan kelas pertengahan dalam usaha mereka untuk memiliki rumah pertama. Untuk memiliki rumah sendiri, memang impian ramai pihak.Tetapi hakikatnya, harga rumah meningkat saban tahun. Di Selangor sekarang, harga purata rumah teres sederhana berharga RM 400,000 dan ke atas. Jika dibandingkan dengan pendapatan purata pendapatan rakyat Malaysia, nisbahnya sudah cukup untuk kami katakan, tidak masuk akal. Tidak kiralah apa jenis rumah - apartment, flat, teres, malah kondominium sekalipun, bukan hanya melambung di kawasan-kawasan bandar tetapi sudah menular ke kawasan-kawasan pinggir bandar seperti di Rawang, Klang, Kuala Langat, Sungai Buloh dan Bangi.


Jangan risau, kami ada penyelesaiannya..

Jika anda ingin membeli tanah lot dengan kami bolehlah lawati ARADA PROPERTY dan jika anda ingin membina rumah dengan kami lawati ARADA IMPRESSWORKS

Hubungi kami untuk anda memiliki rumah BANGLO di Lembah Klang.
Keluasan tnh dari 4000sqf dan keluasan binaan 1200sqf hanya kurang dari RM 180,000.00.

Kami akan bagi tahu anda caranya...

Thursday, 12 December 2013

Dokumen Pindahmilik Tanah - Borang 14A VS Surat Amanah

Muka depan Borang 14A

Perbezaan Pindah Milik menggunakan Borang 14A dan Surat Ikatan Amanah

Pindah Milik menggunakan Borang 14A adalah standat kepada proses tukar milik hartanah. Borang 14A adalah Borang Tukar Nama dimana borang ini digunakan untuk proses tukar nama didalam sesebuah geran tanah. Ia merupakan salah satu 'instrument of transfer' dikenali juga sebagai 'Memorandum of Transfer' atau singkatannya MOT. 

Semasa proses jual beli berjalan, selain daripada Perjanjian JualBeli (S&P / SPA), Borang 14A

Friday, 6 December 2013

Panduan Membeli Tanah Lot





Assalamualaikum...di dalam statistik blog aku, antara ‘keyword search’ paling tinggi adalah berkaitan cara membeli tanah lot. Aku membuat andaian bahawa, ramai orang diluar sana sudah bertukar arah daripada membeli rumah yang sudah siap (Teres, Apartment, Semi- D, Banglo dsb) kepada membeli tapak rumah kemudian membinanya sendiri. Ini kerana kos membeli sebuah rumah teres atau

Tuesday, 3 December 2013

Shaftsbury Avenue Putrajaya - Pelaburan Bagi Akhir Tahun 2013M dan Awal 1435H.



Assalamualaikum... Alhamdulillah saya sudah kembali ke Malaysia setelah lebih dua minggu berada di Tanah Arab (UAE, Oman & Qatar) bermula 7 - 24 November yang lalu. Banyak pengalaman yang di timba semasa disana. Tidak kurang juga idea-idea perniagaan yang boleh diadaptasi di Malaysia.

Aku sampai di KLIA jam 2.30 petang pada Ahad 24 November. Hari Isnin terus memulakan tugas-

Friday, 29 November 2013

Kembara ke UAE, Oman dan Qatar



Alhamdulillah aku sudah kembali ke tanah air Malaysia pada Ahad 24 Nov yang lalu. Lebih 2 minggu berada di Jazirah Arab. Banyak kenangan, pengalaman dan idea di bawa balik ketika berada disana. Inshaa Allah akan aku

Monday, 18 November 2013

4 Perkara Jika Di Pandang Sahaja Sudah Mendapat Pahala

 

Terdapat 4 perkara jika kita memandangnya, kita akan mendapat pahala dengan mudah.

1. Kedua ibubapa kita - Wajah kedua ibubapa kita adalah Rahmah kepada kita. Ini kerana Redha Allah kepada kita adalah redhanya kedua ibubapa kita kepada kita.

2. Al-Quran - Al-quran merupakan kitab suci umat Islam. Memandangnya sahaja sudah mendapat ganjaran daripada Allah. Apatah lagi jika kita membaca serta memahami isi kandungannya.

3. Lautan - Dengan hanya memandang lautan yang terbentang luas, Inshaa Allah ada ganjaran

Monday, 11 November 2013

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary - 2




Link: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary - 1
Apa yang anda patut tahu...


Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa? 
BERNAS...BERNAS milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Makan nasi lemak sambil minum kopi 0. Kalau orang Johor beli air dari siapa?
Aliran Ihsas Resources...Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Minum kopi mesti campur gula. Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR. MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ; MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sepenuhnya.

OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? 

Wednesday, 6 November 2013

Kembara ke Tanah Suci : Travelog Umrah Ziarah Jordan 7

Ikuti Travelog Umrah Ziarah Jordan daripada TUZJ 1

Bermiqat untuk menunaikan umrah seterusnya di Masjid Taneem

Aku & isteri selesai menunaikan umrah
dan bertahallul di Bukit Marwah

Ikuti Kisah TUZJ 6

Esok merupakan hari terakhir kami berada di Mekah. Terasa sedih untuk meninggalkan Tanah Suci Mekah. Petugas Andalusia mengingatkan kami supaya meletakkan beg pada jam 10.00 pg di lobi hotel.

“Haji dan hajjah, esok merupakan hari terakhir kita di Mekah. Dinasihatkan agar selepas membuat Tawaf Wida’, haji dan hajah tidak dibenarkan menoleh kembali kebelakang. Terus keluar dari Masjid dan terus balik ke hotel. Jangan singgah untuk membeli apa-apa pun dan jangan bergambar. Jika

Saturday, 2 November 2013

Awal Muharram 1435H - Doa Akhir & Awal Tahun.


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana kita masih berpeluang menghirup udara di dunia ini. Beberapa hari lagi merupakan tahun baru (Muharram) bagi umat Islam. Penghijrahan junjungan besar kita Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah (Yathrib).

Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. 

Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting bulan Muharram:

1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.


Thursday, 31 October 2013

Kembara ke Tanah Suci : Travelog Umrah Ziarah Jordan 6


Laluan antara Bukit Safa
dan Bukit Marwah

Ikuti Kisah TUZJ 5

Alhamdulillah selesai melakukan ibadah Tawaf, kami terus kekawasan belakang Maqam Ibrahim. Aku terus berdoa betul-betul menghadap ke Multazam dan menunaikan solat sunat dibelakang Maqam Ibrahim tersebut. 

Selepas solat sunat Tawaf aku pun berdoa lagi…mudah-mudahan Allah mengampunkanku dan memakbulkan permintaanku. Ameen…
Setelah selesai, kami semua terus ke bahagian terletaknya Bukit Safa untuk memulakan rukun Umrah yang setrusnya iaitu Sa’ie. Dalam perjalanan kesana, kami semua sempat minum air Zam-Zam serta berdoa.

Setibanya kami di bukit Safa;

Monday, 28 October 2013

Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan - Richworks




Assalamualaikum para pembaca blog sekelian...mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati diri anda semua.

Sabtu lepas aku sekali lagi ke seminar anjuran Richworks oleh Dr Azizan Osman - DAO. Kali ini Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan bertempat di Wisma MCA, Kuala Lumpur. Macam biasa memang tersangat ramai yang hadir. Walaupun banyak 'kata-kata' sinis terhadap DAO, tapi aku tak kisah kerana apa yang penting aku nak

Kembara ke Tanah Suci : Travelog Umrah Ziarah Jordan 5


Pemandangan dari tingkat 2 Masjidil Haram

Selepas menunaikan solat


Alhamdulillah kami telah sampai di kawasan penempatan kami selama 8-9 hari seterusnya. Jam sekarang menunjukkan sudah pukul 3.00 pagi waktu Mekah. Kami terus di bawa ke hotel penginapan kami Abeer Garden Hotel.

Semasa di lobi hotel, para petugas Andalusia sibuk menguruskan bagasi, kunci bilik hotel serta makanan kami.

“Assalamualaikum, para jemaah yang di muliakan Allah sekelian, Alhamdulillah haji dan

Thursday, 24 October 2013

Kembara ke Tanah Suci : Travelog Umrah Ziarah Jordan 4

Belakang: Jabal Thur

Para Jemaah di Jabal Rahmah


Di dalam hotel jam menunjukkan sudah 4.30 petang waktu di Jordan…

“Sayang, siap-siaplah berkemas dah 4.30 ni… Jangan lupa mandi nanti niat mandi sunat ihram”
“Lepas tu solat sunat ihram terus ya”, aku berpesan kepada diriku dan isteriku.

Selesai memakai ihram dan solat sunat ihram, perasaanku bercampur-baur. Gembira, gementar, sayu, semua ada pada waktu itu. Gembira kerana aku tak menyangka aku telah dijemput Allah ke ‘rumahNya’. Gementar pula kerana

Tuesday, 22 October 2013

Kembara ke Tanah Suci : Travelog Umrah Ziarah Jordan 3

Dalam pesawat Royal Jordanian
Isteriku didalam pesawat Royal Jordanian

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, kemungkinan pada masa ini seluruh keluargaku sudah balik ke rumah. Aku dan isteri menunggu diruangan perlepasan sambil memerhatikan beberapa buah pesawat sedang diisi dengan kargo dan bagasi. Penerbangan kami berlepas pada jam 5.50 ptg dari KLIA ke Bangkok Thailand menggunakan pewasat MAS (MH 780) untuk transit disana


Monday, 21 October 2013

TGV Cinemas Bukit Tinggi



Malam minggu yang sudah aku membawa anak-anak menonton 'movie' di TGV Cinemas di AEON Bukit Tinggi. Aku janji nak bawa mereka rasanya dah dekat 5-6 bulan lepas. Akhirnya tertunai juga hasrat mereka. 'Movie' yang kami tonton adalah 'Cloudy With A Chance Of Meatballs 2'. Seronok dia orang tengok cerita tu...tak sangka pula yang kecik (Uthailah, 2) pun boleh layan. Budak-budak...walaupun cerita dalam Bahasa Inggeris mereka tetap faham asalkan kartun... 

Saturday, 19 October 2013

Kembara ke Tanah Suci : Travelog Umrah Ziarah Jordan 2

Gambar diambil di puncak Jabal Nur luar Gua Hira':
Pemandangan kawasan penempatan sekitar bukit

Gambar diambil di puncak Jabal Nur luar Gua Hira':
Pemandangan Masjidi Haram

Ikuti Kisah TUZJ 1

Selepas perbualan telefon tersebut, aku terus bertanyakan kepada isteriku,

“Sayang, tarikh yang kosong ada 29 Mei, jadi macam mana”. 

Isteriku pun dengan yakin berkata, “Tak apalah bang kita booking je, Inshaa Allah cuti tu boleh sayang uruskan dengan guru besar”.

Wah seronoknya bila penyokong kuat aku memberi sokongan sebegitu. Aku pun tanpa berlengah menelefon


Thursday, 17 October 2013

Kembara ke Tanah Suci : Travelog Umrah Ziarah Jordan 1


Gambar diambil selepas solat Maghrib (Jun 2010)

TV Live Stream From Makkah

Assamu’alaikum... ‘post’ kali ini berbeza sedikit daripada yang sebelum ini. Pagi tadi bila sahaja aku ‘on laptop’, terasa teringin nak tengok gambar-gambar kenangan semasa di Mekah. Mungkin selama seminggu yang lalu kebanyakan siaran televisyen menyiarkan tentang Ibadah Haji dan sekaligus mengawal minda separa sedar kita untuk teringat kepadanya. Bila tengok


Salam Eidul Adha

Hari ini sekolah isteriku membuat korban sempena menyambut Eidl Adha. Tiga ekor lembu tumbang pagi ini. Daging korban diberikan kepada penduduk setempat, guru-guru dan murid-murid. Ok kita tengoklah gambar-gambarnya..


Yang ini cuma gambar hiasan...bukan lembu yang sebenar


Wednesday, 16 October 2013

Jualan Gudang Karangkraf & Tiara Beach Resort

Assalamu'alaikum... Wah! lama tak 'update' blog..biasalah tak berkesempatan nak menulis. Macam biasalah sibuk dengan urusan-urusan di 'site'. Post kali ini aku nak kongsi serba sedikit perjalanan hidup pada minggu yang sudah...



Jumaat 4 Oktober, aku bawa anak-anak pergi ke jualan gudang Karangkraf di

Wednesday, 2 October 2013

Jalan-Jalan Cari Makan


Assalamualaikum....Sepanjang 10 hari lepas sibuk seperti biasa...menyiapkan kerja-kerja tambak projek tanah Olak Lempit. Selain itu melihat tapak-tapak pembinaan (renovation) rumah & berjumpa beberapa orang 'client' tanah lot dan rumah. Cuaca sepanjang minggu memang menguji kesabaran...mana tak nya..semakin gelap hensem aku ni... Tapi tak apa semua dah ketentuan dari

Saturday, 21 September 2013

Cabaran Hidup Sepanjang Minggu


Kenapa tajuk macam tu ya... Minggu ini adalah minggu mencabar bagi diriku. Minggu ini aku kena menguruskan beberapa 'site renovation' di shah alam & klang. Bukan setakat itu sahaja, minggu ini juga aku kena selesaikan pembersihan tapak lot Olak Lempit untuk ditambak. Alhamdulillah, aku

Monday, 16 September 2013

Pertandingan Bunga Api 2013 Putrajaya


Malam tadi merupakan malam bagi pertandingan Bunga Api Antarabangsa 2013 Putrajaya. Pertandingan ini berlangsung  pada 30 dan 31 Ogos, 13 hingga 15 September, dan 2 Oktober ini dijangka menarik tiga juta pengunjung. Aku tak terlepas bagi acara ini, tapi semua semua tarikhlah aku

Jubli Emas Hari Malaysia


Hari ini merupakan sambutan Jubli Emas penubuhan Malaysia. Alhamdulillah Malaysia aman & makmur. Hari ini juga merupakan hari cuti umum bagi Malaysia. Seronok dapat bercuti selepas raya kan... Macam biasa walaupun

Tuesday, 3 September 2013

Petrol RON 95 & Diesel Naik

Baru dua hari lepas tak ada air sebab Diesel tumpah, semalam RON 95 & Diesel naik pula. Banyak ke yang tumpah tu sampai kena naik harga. Apa nak buat...Kenaikan kali ni 20 sen bermaksud dari RM1.90 kepada RM2.10 (Naik 10.5%). Jadi bagi sesiapa yang mengisi petrol RM500 sebulan, kenalah

Sunday, 1 September 2013

Lembah Klang Tiada Air




Semasa menyambut Hari Kemerdekaan semalam , penduduk di Lembah Klang berhadapan dengan masalah bekalan air bersih. Puncanya dikaitkan terdapat tumpahan diesel dikawasan tadahan air. Mungkin panik punya pasal habis air-air mineral kat semua 'hypermarket' dan 'mall' dikawasan yang terlibat...

Kudaku Sakit Kaki



Kesian kuda aku ni...asyik lanyak je tak kira di mana. Jom kita pergi betulkan mana-mana yang patut ye. Banyak baktinya kepadaku...

Saturday, 31 August 2013

Rakan Sekuriti Kita...St Guchi

Hai 'posting' kali ini berkaitan dengan St Guchi. Syarikat ini merupakan pengeluar kunci dan sekuriti bagi rumah dan pejabat. Bukan nak cerita pasal syarikat ini tapi nak 'post' iklan 'billboard' St Guchi. Agak-agak nampak tak perbezaannya...



Selamat Hari Raya & Salam Merdeka

Bersiap-siap untuk beraya
Assalamualaikum... wah lamanya aku tak kemaskini blog ni. Daripada puasa sampailah Merdeka. Apa pun Selamat Hari Raya & Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-56.

Sepanjang hampir dua bulan ini...macam biasalah sibuk dengan urusan-urusan

Wednesday, 10 July 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Selamat menyambut Ramadhan kepada semua pembaca blog ini. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk bertemu sekali lagi bulan Ramadhan ini. Bulan puasa ini aku mengurangkan sedikit kerja-kerja di lapangan. Aku juga tak mengambil 'job' atau projek baru, cuma hendak

Tuesday, 2 July 2013

Tanah Lot di Sijangkang


Alhamdulillah... Tanah lot yang dibuka untuk jualan hampir habis. Hanya tinggal 1 lot sahaja lagi. Tanah lot yang kosong ini terletak di Jalan Tanjung, berkeluasan 50' X 50' berharga RM35,000.00 (Bertambak). Anda boleh tengok

Thursday, 20 June 2013

Kembali dari Tanah Suci

'Post' sebelum ini berkenaan projek aku buat selama 6 bulan tempoh hari (itu yang tak sempat nak 'update'). Kali ini aku nak share beberapa gambar kenangan bersama keluarga semasa menunaikan umrah...

Kembara ke Tanah Suci : Travelog Umrah Ziarah Jordan


Galeri gambar
Anak-anakuku bersama Mak Uda nya..

Tuesday, 18 June 2013

Projek Pembinaan 6 Bulan

Assalamualaikum para pembaca... Wah lamanya tak 'update' blog ni.. dari Januari hingga sekarang. Lebih 6 bulan menghilang. Sebenarnya aku ada disini, tetapi hanya masa membataskan aku untuk menulis. Tapi tak mengapa

Monday, 7 January 2013

Pakej Umrah Andalusia

Post : 
Link :




Tuan Haji Ibrahim
(sempat isteriku ambil gambar)

Semalam aku pergi ke pejabat Andalusia Travel untuk urusan pendaftaran umrah pada cuti sekolah bulan Mei nanti. Alhamdulillah, kami di jemput sekali lagi untuk mengunjungi Baitullah disana. Cuma kali ini kami pergi bukan setakat berdua tetapi
seluruh keluarga. Alhamdulillah.. 
Selepas menunaikan umrah tahun 2010 yang lalu, aku terbayang dan teringin untuk membawa anak-anakku, ibubapa dan ibu mentua menunaikan umrah bersama. Pada waktu itu aku cuma menyatakan hasratku kepada isteriku. Alangkah seronoknya berada bersama-sama keluarga, ibu dan bapa di hadapan ka'abah. Bagiku, kalau aku dapat merealisasikan untuk membawa mereka bersama, itu adalah 'moment' yang paling bermakna dalam hidup aku. Susah nak dapat 'moment' seperti itu.. Alhamdulillah, apa yang aku angankan termakbul. Allah telah permudahkan segala urusan dan melapangkan rezqiku. 
Semalam aku sudah mendaftarkan diri, isteri, anak-anak, ibubapaku dan ibu mentuaku...Alhamdulillah... Tapi bukan setakat 9 orang tu sahaja, keluarga kakak aku pun pergi bersama serta adik-adik perempuanku. Jemaah kami seramai 16 orang, Alhamdulillah...cuma mereka ni tak boleh nak 'sponsor' ya... Nanti ada yang kata tak adil pula...
Semasa di pejabat Andalusia Travel, aku sempat berjumpa dan berborak sedikit bersama Pengarah Urusan Andalusia Travel, Tuan Haji Ibrahim. Ternyata dia seorang yang peramah dan mesra. Walaupun baru berjumpa tapi banyak perkara dia dah cerita padaku!!. 
Aku memilih Andalusia kerana aku amat berpuashati dengan pengurusannya samada di Malaysia mahupun di Saudi. Ternyata mereka berada dalam kelas tersendiri. Syabas!!

Post : 
Kembali dari Tanah Suci
Travelog Umrah & Ziarah Jordan

Friday, 4 January 2013

Rumah Kena Pecah!!!




Rumah Kena Pecah!!! Haha bukan pencuri yang masuk..tapi pecah untuk buat yang baru. Kerja-kerja meruntuh binaan sediada untuk digantikan yang baru telah siap hari ini. Jadi bolehlah 'claim progress' ya. Selepas ini kerja-kerja