Monday, 18 November 2013

4 Perkara Jika Di Pandang Sahaja Sudah Mendapat Pahala

 

Terdapat 4 perkara jika kita memandangnya, kita akan mendapat pahala dengan mudah.

1. Kedua ibubapa kita - Wajah kedua ibubapa kita adalah Rahmah kepada kita. Ini kerana Redha Allah kepada kita adalah redhanya kedua ibubapa kita kepada kita.

2. Al-Quran - Al-quran merupakan kitab suci umat Islam. Memandangnya sahaja sudah mendapat ganjaran daripada Allah. Apatah lagi jika kita membaca serta memahami isi kandungannya.

3. Lautan - Dengan hanya memandang lautan yang terbentang luas, Inshaa Allah ada ganjaran
pahala disisiNya. Pandangan hendaklah dengan rasa kerendahan diri serta mengakui kebesara Ilahi.

4. Ka'abah - Memandang Ka'abah juga ada pahalanya kerana pada Ka'abah ada 120 Rahmah.

Pada Ka’abah itu ada 120 rahmat 
kepada pengunjungnya pada setiap hari, 
iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat 
dan 20 untuk melihat Ka’abah.

Kepada sesiapa yang masih mempunya kedua ibubapa, pandanglah dan renunglah mereka dengan kasih sayang. Kepada mereka yang sudah tiada kedua ibubapa, perkara yang terhampir adalah Alquran anda. Ini diikuti dengan melihat kebesaran melalui lautan yang terbentang luas. Kepada sesiapa yang mempunyai kewanagan yang baik, pergilah menunaikan Haji & Umrah. Inshaa Allah, Allah sentiasa mengangkat diri anda semua. 



Wallahua'lam. 

No comments:

Post a Comment