Bermiqat untuk menunaikan umrah seterusnya di Masjid Taneem |
Esok merupakan hari terakhir kami berada di Mekah. Terasa
sedih untuk meninggalkan Tanah Suci Mekah. Petugas Andalusia mengingatkan kami
supaya meletakkan beg pada jam 10.00 pg di lobi hotel.
“Haji dan hajjah, esok merupakan hari terakhir kita di
Mekah. Dinasihatkan agar selepas membuat Tawaf Wida’, haji dan hajah tidak
dibenarkan menoleh kembali kebelakang. Terus keluar dari Masjid dan terus balik
ke hotel. Jangan singgah untuk membeli apa-apa pun dan jangan bergambar. Jika
hendak membeli atau mengambil gambar, hendaklah dibuat sebelum membuat Tawaf Wida’”.
hendak membeli atau mengambil gambar, hendaklah dibuat sebelum membuat Tawaf Wida’”.
Itulah pesan Ustaz Rizqon kepada jemaah.
Para jemaah dinasihatkan untuk membuat tawaf selamat tinggal (Tawaf Wida’) sebelum waktu Zohor kerana dikhuatiri jika melakukan tawaf selepas waktu Zohor keadaan akan bertambah ramai dan masa juga agak terhad. Ini kerana bas kami akan bertolak ke Madinah diantara jam 2.00 – 2.30 ptg dan di jangka sampai ke Madinah sebelum jam 9.00 malam.
Keesokkan hari, aku dan isteriku sudah bersiap-siap untuk melakukan Tawaf Wida’. Kami turun ke lobi hotel dengan membawa bagasi kami. Ketika di lobi sudah ada petugas Andalusia yang akan menguruskan beg kami. Kami meninggalkan beg kami dan terus menuju ke Masjidil Haram untuk menjalankan Tawaf Wida’.
Setibanya di dalam Masjidil Haram…
“Ya Allah, hari ini adalah hari terakhir aku berada disini. Hari ini juga mungkin kali terakhir aku dapat melihat Ka’abahMu Ya Allah. Ya Allah kau panjangkanlah umurku, murahkanlah rezkiku untuk aku datang kembali ke sini Ya Allah”, bisik hatiku.
“Jom kita minum air Zam-Zam dulu lepas tu terus tawaf”, pesanku kepada isteriku.
Semasa kami melakukan Tawaf Wida’, air mataku bercucuran
menitis kerana rasa tidak sanggup meninggalkan Bumi Suci ini. Selama 8 hari
kami menghabiskan masa disini tanpa rasa teringat akan soal pekerjaan. Apa yang
difokuskan adalah menyembah Allah yang Maha Esa. Semasa melakukan tawaf, aku
berdoa agar Allah menjemputku lagi.
Di antara doa yang aku hajatkan…
Di antara doa yang aku hajatkan…
“Ya Allah kau perkenankanlah segala permohonan dan hajatku, Ya Allah. Jika apa yang ku pohonkan padaMu baik untukku maka kau makbulkanlah dan segerakanlah…dan jika apa yang ku mohonkan tidak memberi kebaikan untukku maka Kau gantikanlah dengan yang lebih baik Ya Allah. Sesungguhnya Kau lebih Mengetahui”.
“Ya Allah jangan jadikan hari ini kali terakhir aku dapat menjejakkan kakiku disini, panjangkanlah umurku, murahkanlah rezkiku dan jemputlah aku lagi Ya Allah”.
Selesai tujuh pusingan Tawaf Wida’, kami terus keluar dari
Masjid dan tidak lagi menoleh kebelakang. Terasa sebak didalam hati ini…
Kenangan bergambar balik daripada Masjid |
Selepas solat di tingkat 2 Masjid |
Suasana indah selepas solat Maghrib |
Jam menunjukkan sudah 2.30 ptg, kami semua sudah berada di dalam bas. Perjalanan kami dijangka mengambil masa lebih kurang 6 jam termasuk berhenti diperhentian untuk berehat dan makan.
Selepas beberapa jam perjalanan, kami berhenti di perhentian di kawasan bernama Wadi Kudait. Di sini kami berehat dan dijamu nasi arab oleh pihak Andalusia. Perjalalan kami mungkin akan mengambil masa 3-4 jam lagi untuk sampai ke Madinah.
Terlelap dalam perjalanan ke Madinah |
Di perhentian Wadi Kudait bersama Dato' Daud Che Ngah |
Isteriku bersama jemaah lain menjamu nasi arab |
Lebih kurang jam 9.00 malam, kami telah tiba di hadapan
hotel penginapan kami di Madinah, Hotel Durrat Al-Fayruz. Kelihatan suasana di Madinah amat
mendamaikan, tentunya kerana Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W ada
disini.
Setelah selesai urusan mengambil kunci bilik, kami terus menuju ke bilik dan terus mandi. Aku tak sabar-sabar untuk pergi ke Majid Nabawi.
Setelah selesai urusan mengambil kunci bilik, kami terus menuju ke bilik dan terus mandi. Aku tak sabar-sabar untuk pergi ke Majid Nabawi.
Selepas mandi dan bersiap, aku dan isteriku terus menuju ke
Masjid. Masjid Nabawi tidak membenarkan Lelaki dan Wanita untuk masuk di pintu
yang sama. Jadi kami berpakat untuk terus berjumpa di tempat yang dipersetujui.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar ketika berada di dalam Masjid Nabawi. Sungguh seronok berada di sini dapat menjadi tetamu Junjungan Besar kita.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar ketika berada di dalam Masjid Nabawi. Sungguh seronok berada di sini dapat menjadi tetamu Junjungan Besar kita.
Sempadan antara kawasan Raudhah. Karpet merah diluar kawasan manakala karpet hijau di dalam kawasan Raudhah. |
Tiang masjid yang mempunya kelopak emas di dalam kawasan Raudah |
Karpet hijau di dalam Raudhah |
Mehrab Nabi |
Pemandangan di dalam Masjid Nabawi |
Di luar Masijid Nabawi |
Hari-hari berikutnya kami juga di bawa ke beberapa tempat di sekitar Madinah dan di luar kawasan Madinah untuk berziarah.
Jabal Uhud |
Makam para syuhada di kawasan Jabal Uhud |
Selama berada di Madinah, kami banyak menziarahi tempat-tempat bersejarah. Tidak ketinggalan untuk melawati Masjid Quba' dan Masjid Qiblatain.
Kami juga ada melawat ladang kurma dan pasar kurma ketika di Madinah. Kurma terbaik adalah Kurma Nabi (Kurma Ajwa).
Esok kami akan balik ke Malaysia selepas 15 hari berada di Tanah Suci...
Ikuti Travelog Umrah Ziarah Oman (TUZO) tidak lama lagi...
Kami juga ada melawat ladang kurma dan pasar kurma ketika di Madinah. Kurma terbaik adalah Kurma Nabi (Kurma Ajwa).
Esok kami akan balik ke Malaysia selepas 15 hari berada di Tanah Suci...
Ikuti Travelog Umrah Ziarah Oman (TUZO) tidak lama lagi...
No comments:
Post a Comment