Wednesday, 16 October 2013

Jualan Gudang Karangkraf & Tiara Beach Resort

Assalamu'alaikum... Wah! lama tak 'update' blog..biasalah tak berkesempatan nak menulis. Macam biasalah sibuk dengan urusan-urusan di 'site'. Post kali ini aku nak kongsi serba sedikit perjalanan hidup pada minggu yang sudah...



Jumaat 4 Oktober, aku bawa anak-anak pergi ke jualan gudang Karangkraf di
Shah Alam. Banyak buku-buku yang dijual sehingga 30% diskaun..cuma jualan kali ini agak sedikit kalau nak dibandingkan dengan Karnival Karangkaf pada bulan Jun & Disember...kalau yang karnival lagi wow..wow..wow.. lebih banyak buku dan lebih banyak diskaun. Pergi kali ini sebab dah janji dengan anak-anak untuk belikan apa jua buku cerita atau komik..nak ajar mereka supaya suka membaca... Banyak juga dia orang ambil buku tu..tapi tak apa janji minat membaca itu kena kita terapkan.. isteri aku pun apa kurangnya..memborong novellah nampaknya...


Sabtu & Ahad (5 & 6 Oktober), kami pergi ke Port Dickson...kononnya bercutilah..sebab terpaksa ikut 'family day' sekolah 'wife' aku... 
Venue di Tiara Beach Resort tetapi dah tukar pengurusan kepada  BEST WESTERN Prima Inland Sea Resort. Macam biasalah dah sampai sana.. berendam dari jam 5.00 - 6.30 ptg dan sambung esok 8.00 - 10.30 pagi...kena layan anak-anak yang 4 orang tu.. Lain-lain perkara macam biasa pergi ke 'site' tanah / pembinaan... Itu jelah perkongsian sepanjang minggu ini. 

'Update' kerja-kerja bolehlah tengok kat Arada Impressworks dab Arada Property











*ada yang tanya lama tak 'post' berkenaan 'property' or apa-apa tips...
Inshaa Allah... kalau nak menulis yang berkaitan ilmiah ni kena mood serious sikit...nanti tersalah bagi ilmu pula... tunggu ya dalam masa terdekat ini.. ;)

No comments:

Post a Comment