Monday 28 October 2013

Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan - Richworks




Assalamualaikum para pembaca blog sekelian...mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati diri anda semua.

Sabtu lepas aku sekali lagi ke seminar anjuran Richworks oleh Dr Azizan Osman - DAO. Kali ini Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan bertempat di Wisma MCA, Kuala Lumpur. Macam biasa memang tersangat ramai yang hadir. Walaupun banyak 'kata-kata' sinis terhadap DAO, tapi aku tak kisah kerana apa yang penting aku nak

ilmu yang disampaikan dan ia menjadi motivasi serta inspirasi kepada diriku. Tahniah kepada DAO kerana masih cekal untuk memberikan ilmu yang bermanfaat. Seminar kali ini siap bagi buku 'free', terima kasih DAO. Sekali lagi tahniah DAO, teruskan usaha anda...terbaekkk...

Sejujurnya seminar DAO banyak mengubah cara aku berfikir. Antara sebab aku boleh meninggalkan dunia pendidikan kerana aku perlu fokus kepada apa yang aku minat dan yakin boleh membawa aku ketahap yang lebih tinggi. Dalam masa setahun ini, aku dah memecut kehadapan dan banyak pencapaian telah aku kecapi...Alhamdulillah.

Kepada sesiapa yang belum mendaftar...apa kata beranikan diri untuk mendaftar & cuba dulu tengok macam mana.

Link: Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan

No comments:

Post a Comment