Friday 4 January 2013

Rumah Kena Pecah!!!




Rumah Kena Pecah!!! Haha bukan pencuri yang masuk..tapi pecah untuk buat yang baru. Kerja-kerja meruntuh binaan sediada untuk digantikan yang baru telah siap hari ini. Jadi bolehlah 'claim progress' ya. Selepas ini kerja-kerja
pembinaan pula akan menyusul. Hari ini geng pecah rumah ada 7 orang termasuk 2 orang 'wireman'. Nampak je kecil tapi sekali dah buka..1 lori treler juga stok kayu-kayu lama tu..Banyak kayu yang boleh digunakan semula dan masih dalam keadaan cantik, maklumlah kayu-kayu lama. Esok kerja-kerja ikat besi akan berjalan dan Isnin kena mula untuk 'piling'. Mudah-mudahan segala kerja berjalan lancar dan dipermudahkan..Ameen.

Info berkaitan pembinaan :
www.aradaimpressworks.blogspot.com

No comments:

Post a Comment