Thursday, 31 October 2013

Kembara ke Tanah Suci : Travelog Umrah Ziarah Jordan 6


Laluan antara Bukit Safa
dan Bukit Marwah

Ikuti Kisah TUZJ 5

Alhamdulillah selesai melakukan ibadah Tawaf, kami terus kekawasan belakang Maqam Ibrahim. Aku terus berdoa betul-betul menghadap ke Multazam dan menunaikan solat sunat dibelakang Maqam Ibrahim tersebut. 

Selepas solat sunat Tawaf aku pun berdoa lagi…mudah-mudahan Allah mengampunkanku dan memakbulkan permintaanku. Ameen…
Setelah selesai, kami semua terus ke bahagian terletaknya Bukit Safa untuk memulakan rukun Umrah yang setrusnya iaitu Sa’ie. Dalam perjalanan kesana, kami semua sempat minum air Zam-Zam serta berdoa.

Setibanya kami di bukit Safa;

“OK kita semua niat bersama-sama…niat Sa’ie”. Ustaz Rizqon mengingatkan kami semua.  

Kami pun terus mengerjakan Sa’ie antara Bukit Safa dan Bukit Marwah berulang-alik sebanyak 7 kali berakhir di Bukit Marwah.

“Alhamdulillah, kita sudah selesai menunaikan umrah kita, kita baca doa bersama”, doa dipimpin oleh Ustaz Rizqon.

Belakang: Bukit Safa


Di puncak Bukit Marwah, tempat bertahallul

Selesai membaca doa kami terus menunaikan rukun seterusnya iaitu Bertahallul (berguntung atau bercukur). Alhamdulillah selesai sudah ibadah umrah pertamaku. Suatu perasaan yang tak dapat digambarkan…puas, gembira, seronok…entahlah, hanya Allah yang tahu perasaanku itu.

Jam menunjukkan hampir 6 pagi, walaupun nampaknya masih awal tapi suasana di Mekah sudah cerah. Maklumlah kalau subuhnya lebih kurang jam 3.30 – 4.00 pagi, jam 6 tentunya matahari sudah meninggi. Kami pun terus bergerak menuju ke hotel untuk berehat. Pada masa ini aku mengajak Ustaz Ghafur untuk menemaniku bercukur di kedai gunting rambut.
Alhamdulillah tercapai sudah hasratku untuk menunaikan umrah.
Bersiap sedia untuk bercukur

Hari-hari berikutnya, kami dibawa melawat ketempat-tempat ziarah yang bersejarah di sekitar Mekah dan di luar Kota Mekah diselangi dengan membuat umrah-umrah yang berikutnya.

Antara tempat-tepat yang kami lawati:

Jabal Thur

Belakang: Jabal Thur


Padang Arafah

Padang Arafah. Berdoa mengadap arah Kiblat


Jabal Rahmah

Puncak Jabal Rahmah


Mina (tempat melontar Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta)

Kompleks bangunan melontar Jamrah




Muzdalifah



Melawat ladang unta

Membeli susu untu 5 Riyal sebotol

Ladang Unta


Muzium Dua Masjid Suci (Masjidil Haram & Masjid Nabawi)

Muzium Dua Masjid Suci





Didalam muzium & selepas ini bersiap
untuk menunaikan umrah seterusnya



Jika ada kelapangan aku dan isteri seronok duduk di dalam Masjidil Haram. Kami tidak lepaskan peluang untuk solat di Masjidil Haram 5 waktu sehari. Pada kebiasaannya kami akan solat Subuh di masjid kemudian balik ke hotel untuk berehat. Waktu Zohor terus menunggu waktu ‘Asar di masjid dan waktu Maghrib sehingga waktu ‘Isya. 

Masa-masa terluang kami penuhi dengan membaca Al-quran, membuat tawaf sunat dan beri’tikaf di Masjidil Haram.
“Sungguh seronok berada di Tanah SuciMu Ya Allah…terasa tenang dan amat senang berada di sini”, bisik hatiku.

Pada Ka’abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihat Ka’abah

Di masa kami rehat didalam masjid, aku dan isteriku saling berbincang sesama kami. Berkaitan hal-hal untuk meningkatkan ketaqwaan serta kehidupan kami. Sehinggakan ada terdetik dihatiku, alangkah indahnya kalau aku dapat membawa kedua ibubapaku, ibu mertuaku serta anak-anakku kesini bersama-sama denganku serta isteriku. 

Ketika itu, aku dapat menggambar serta membayangkan ‘moment’ tersebut. Wah amat indah sekali...Kemudian akhirnya terkeluar juga dari mulutku untuk memberitahu kepada isteriku niat di dalam hatiku itu. 

Inshaa Allah akanku usaha dan ikhtiarkan niatku itu… “Ya Allah Kau penuhilah permintaanku ini…”. 

Aku betul-betul meminta agar permintaanku ini dimakbulkan.


Bercerita dengan isteri

Dikawasan dataran Ka'abah jam 8 pagi


Menghilangkan dahaga dengan air Zam-Zam


Perjalanan di teruskan ke Bumi penuh Barakah, Madinah Al Munawwarah.

Bersambung TUZJ 7...

No comments:

Post a Comment