Tuesday 22 October 2013

Kembara ke Tanah Suci : Travelog Umrah Ziarah Jordan 3

Dalam pesawat Royal Jordanian
Isteriku didalam pesawat Royal Jordanian

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, kemungkinan pada masa ini seluruh keluargaku sudah balik ke rumah. Aku dan isteri menunggu diruangan perlepasan sambil memerhatikan beberapa buah pesawat sedang diisi dengan kargo dan bagasi. Penerbangan kami berlepas pada jam 5.50 ptg dari KLIA ke Bangkok Thailand menggunakan pewasat MAS (MH 780) untuk transit disana


sebelum menukar pesawat Royal Jordanian dari Bangkok ke Amman Jordan. Pada tahun tersebut Royal Jordanian masih tidak dapat hak untuk berlepas terus dari Kuala Lumpur ke Amman. Oleh itu kami terpaksa transit di Bangkok terlebih dahulu.

Jam tangan kami menunjukkan hampir pukul 8.00 mlm, tetapi waktu tempatan di Bangkok jam 7.00 ptg. Itulah masa ketibaan kami di Bangkok.

“Agak-agak macam mana ya anak kita” tanya isteriku. 
Itulah persoalan pertama setibanya di lapangan terbang Bangkok. 

“Oklah…tak ada apa, sampai Mekah kita ‘call’ dia orang”, jawabku kepada isteriku.

Kami transit di Bangkok agak lama lebih kurang 5 jam. Jam 12.30 mlm waktu Bangkok nanti baru kami akan berlepas ke Amman Jordan menggunakan pesawat Royal Jordanian (RJ 183). Waktu yang ada ini aku dan isteriku menjelajah ‘airport’ Bangkok. Kami pergi ‘window shoping’ sambil makan roti yang diberi oleh pihak Andalusia. Pada masa itu juga kami mula berkenalan dan bermesra dengan ahli-ahli keluarga baru kami seramai 16 orang tadi. Kami duduk di surau ‘airport’ sambil bertanyakan khabar mereka.

Ok, jam menunjukkan hampir 11.30 mlm di Bangkok, bersiap untuk ‘berlepas’… JORDAN AKU DATANG!!!.....

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6-7 jam untuk tiba di Amman, Jordan. Sepanjang perjalanan kami disajikan makanan sebanyak 3 kali. Maknanya makan tidur...makan tidur...makan tidur...

Kami tiba jam 5.15 pagi waktu Jordan. Setibanya disana kami terus dibawa ke hotel Golden Tulip Queen Alia untuk berehat kerana jam 8.00 pg kami akan dibawa ziarah sekitar Bandar Amman, Jordan. Hotel kami ini berdekatan dengan 'airport'. Kami bersarapan dan makan tengah hari disini. Makanan yang disajikan semuanya makanan Jordan dan sangat sedap sekali. Antara banyak-banyak makan yang disajikan, puding Jordan paling aku suka. Masih teringat lagi keenakan puding tersebut.

Seterusnya kami dibawa ziarah ke beberapa tempat di Jordan. Ziarah kami terhad kerana jam 6.00 petang kami perlu bersiap untuk ke Jeddah. Penerbangan Amman ke Jeddah dijadualkan jam 9.35 malam.   

Ziarah Jordan: 

Gua Ashabul Kahfi

Bersama Ustaz dan Pakcik Karim diluar Gua Ashabul Kahfi
Didalam Gua Ashabul Kahfi

Makam Nabi Shuib r.a

Diluar Masjid & Makam Nabi Shuib
Didalam Makam Nabi Shuib A.S

Laut Mati

Pemandangan Laut Mati
Para Jemaah
Pakcik Karim, Ustaz Ghafur, Aku dan Isteri
berlatarbelakangkan Laut Mati

Perjalanan seterusnya ke Tanah Suci Mekah...

Bersambung TUZJ 4…

No comments:

Post a Comment