Thursday 17 October 2013

Kembara ke Tanah Suci : Travelog Umrah Ziarah Jordan 1


Gambar diambil selepas solat Maghrib (Jun 2010)

TV Live Stream From Makkah

Assamu’alaikum... ‘post’ kali ini berbeza sedikit daripada yang sebelum ini. Pagi tadi bila sahaja aku ‘on laptop’, terasa teringin nak tengok gambar-gambar kenangan semasa di Mekah. Mungkin selama seminggu yang lalu kebanyakan siaran televisyen menyiarkan tentang Ibadah Haji dan sekaligus mengawal minda separa sedar kita untuk teringat kepadanya. Bila tengok


gambar-gambar tersebut terasa kerinduan, terkenang keindahan suasana dan kesyahduan menyelubungi diri. Susah nak digambarkan dengan kata-kata perasaan itu… Jadi dengan masa yang ada ini aku nak kongsikan sedikit kenangan manis semasa disana. 

Inshaa Allah aku akan ceritakan sedikit pengalaman dan kenangan Travelog Umrah & Ziarah Jordan (TUZJ) dan Travelog Umrah & Ziarah Oman (TUZO).

Pada tahun 2007, aku pernah bernazar…kalau aku dapat sambung pengajian dalam PhD, aku mesti kesana. Itulah nazarku pada masa itu. Alhamdulillah Allah kurniakan permintaanku untuk menyambung pengajian pada tahun 2008. Jadi pada tahun 2009, aku dan isteri bercadang untuk menunaikan nazarku itu. Allah Maha Berkuasa, walau sebaik manapun kita merancang masa, kewangan & segala urusan, jika tidak dijemput Allah untuk kesana memang itulah ketentuan-Nya. 
Tetapi Allah Maha Penyayang...Alhamdulillah Allah menjemput kami pada tahun berikutnya Jun 2010. 

Bermulalah episod Travelog Umrah Ziarah Jordan TUZJ 1

Jun 2009: Aku mula melayari beberapa pengendali pakej umrah di Malaysia. Aku juga sempat melihat komen serta pertanyaan para pembaca di laman web mereka. Dari sini kita boleh mendapat sedikit info serta pencerahan tentang pengurusan agensi tersebut. Pada mulanya aku nak bercadang nak pergi pada hujung tahun tersebut…tetapi belum ada rezki lagi..ada sahaja yang menghalang. Itulah ketentuan-Nya.

Mac 2010: Sekali lagi mencuba untuk mendaftar, Alhamdulillah.. aku & isteri bersetuju untuk berangkat pada bulan Jun semasa cuti sekolah. Habis semua tarikh & agensi aku semak… bila aku ‘call’ mereka kata dah penuh. Aku tetap berusaha dan ikhtiar akhirnya kami pilih Umrah Ziarah Jordan pada 3 Jun 2010 melalui Andalusia Travel & Tours. Aku pun menelefon mereka,

"Assalamu’alaikum boleh saya tanya berkenaan Umrah Jordan 3 Jun”. 

Pegawai bertugas, “Waalaikumsalam haji… ya boleh”. 
Oh mereka memanggil aku haji..terdetik dalam hati...aku mula bertanya, 

“Masih ada kekosongan ke pada tarikh tersebut”. 

Pegawai bertugas terus semak dalam komputernya, 

"Maaf haji, tarikh tu dah penuh, sebab dekat cuti sekolah ni". 

Aku pun terus bertanya kepadanya,

“Ada tak tarikh yang boleh untuk dua orang”. 

Alhamdulillah jawapan yang amat positif daripada pegawai tersebut, 

“Ada haji… tapi 29 Mei, seminggu sebelum cuti sekolah”. 

Alamak macam mana dengan isteri aku…dia cikgu dan tak boleh cuti terlalu lama, hanya ada 7 hari je cuti tahunan. Kalau nak ambil cuti dah habis 5 hari, tapi bukan senang minta cuti berturut yang panjang.

“Ok tak apa nanti saya telefon balik untuk ‘confirm’kan, terima kasih, Assalamu’alaikum…”.

No comments:

Post a Comment