Gambar diambil di puncak Jabal Nur luar Gua Hira': Pemandangan kawasan penempatan sekitar bukit |
Gambar diambil di puncak Jabal Nur luar Gua Hira': Pemandangan Masjidi Haram |
Ikuti Kisah TUZJ 1
Selepas perbualan telefon tersebut, aku terus bertanyakan
kepada isteriku,
“Sayang, tarikh yang kosong ada 29 Mei, jadi macam mana”.
Isteriku pun dengan yakin berkata, “Tak apalah bang kita booking je, Inshaa Allah cuti tu boleh sayang uruskan dengan guru besar”.
Wah seronoknya bila penyokong kuat aku memberi sokongan sebegitu. Aku pun tanpa berlengah menelefon
kembali untuk ‘booking seat’. Kemudian aku terus membayar deposit melalui Maybank2u. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan ini adalah ketentuan Ilahi. Dipendekkan cerita, permohonan cuti isteriku pun diluluskan atas dasar untuk menunaikan ibadah, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

Mei 2010: Masa yang ditunggu-tunggu semakin hampir. Isteriku terasa berat untuk meninggalkan anak-anak. Pada masa ini, anak kami baru 3 orang, Umairah (5), Uzair (3) dan Uqail (1). Alhamdulillah aku mempunyai ibubapa dan adik yang sanggup berkorban menjaga anak-anakku.
Pada masa ini aku sentiasa berpesan kepada anak-anakku supaya menjaga diri. Inshaa Allah suatu masa nanti aku akan bawa mereka bersama. Pada awal Mei pihak Andalusia Travel & Tours juga sudah menghantar emel kepadaku berkenaan aturcara berkaitan perjalanan Umrah tersebut.
29 Mei 2010: Selepas Solat Zohor, kami bersiap-siap untuk ke KLIA. Terasa sayu dan hiba untuk meninggalkan keluarga dan anak-anak. Namun kami perlu menguatkan semangat. Setibanya di KLIA lebih kurang jam 2.40 petang, kami terus menuju ke Balai Berlepas, Kaunter G ditingkat 5.
Sampai disana saya sudah ternampak beberapa jemaah sudah sampai dan menunggu pegawai yang bertugas. Lebih kurang jam 2.50 petang, Pegawai Andalusia tiba bersama Ketua Rombongan yang akan membawa kami, Ustaz Abdul Ghafur. Semua passport dan ‘boarding pass’ telah diserahkan kepada jemaah. Ya Allah rupanya ada hikmah juga kami dapat berangkat pada tarikh ini, jemaah hanya seramai 18 orang termasuk Ustaz Ghafur. Jadi untuk berkenalan serta bermesra seperti sebuah keluarga tentunya mudah. Urusan bagasi juga telah selesai diurus oleh staf KLIA. Tibalah masanya untuk kami meninggalkan bumi Malaysia…
Aku dan isteriku bersalaman dengan semua ahli keluarga, aduh…pada
masa ini tuhan sahaja yang tahu betapa pilunya hatiku untuk meninggalkan
mereka. Namun ini adalah seruan Ilahi.. Allah sudah menjemputku kesana. Namun
persaan itu tidak dapat diselindungkan…air mata jantanku mengalir jua setelah
melihat kedua ibubapa, anak-anak dan adik beradikku…AllahuAkbar.
Selepas bersalaman diiringi dengan tangisan aku terus tidak memandang kebelakang menuruni eskelator sehingga jarak yang agak jauh barulah aku ada kekuatan untuk menoleh kembali… Ya Allah, aku serahkan keluargaku, ibubapaku dan anak-anakku kepadaMu. Lindungilah mereka Ya Allah…Ameen…

No comments:
Post a Comment