Link : ...Tips : Kenapa Pelaburan Hartanah 3
Kalau kita sebut pasaran saham, sudah tentunya ia melibatkan harga turun naik yang pantas. Di sini kita akan tahu bahawa saham sememangnya dipengaruhi oleh pasaran. Bagaimana pula dengan hartanah? Ya, hartanah juga dipengaruhi faktor luar tetapi ia tidaklah sehebat pasaran saham yang boleh menjadikan seseorang itu kaya
dalam sehari dan muflis juga dalam masa sehari. Pelaburan hartanah walaupun ada masa turun naiknya tetapi pada perkadaran yang boleh kita jangkakan dan pada kebiasaanya tidak menjadikan pelaburnya muflis melainkan pelabur tersebut tersalah pilih hartanahnya. Katakan si A membeli daripada sahabatnya sebuah apartment kos sederhana di Shah Alam yang berharga RM80,000. Si A membayar 10% dan selebihnya membuat pinjaman bank dan perlu membayar RM450 kepada bank setiap bulan selama 25 tahun. Si A menyewakannya sebanyak RM800 pada masa ekonomi baik. Selang 5 tahun rumahnya telah bernilai RM120,000 dan kadar sewanya meningkat kepada RM950. Pada tahun ke-7 ekonomi merudum...apa akan jadi dengan rumahnya? Kemungkinan pada masa itu 'value' rumahnya jatuh menjadi RM100,000 sahaja. "Tapi apa aku kisah...", kata si A. Kenapa si A berkata sedemikian...sebabnya kadar sewanya masih lagi RM950 dan bayaran bank masih lagi RM450. Si A masih lagi mempunyai rumah tersebut dengan mendapat duit poket sebanyak RM500 setiap bulan walaupun ekonomi sedang gawat. Tentu anda tertanya-tanya, bagaimana kalau penyewa tersebut keluar? (soalan cepu emas). Senang saja...katakan sipenyewa tersebut tidak mampu membayar sewa tersebut, dah tentu ada penyewa lain yang akan masuk. Katakan sebelum gawat ada 'penyewa kaya' sanggup menyewa rumah atau apartment yang bernilai RM1,500 sebulan, pada masa gawat ini dah tentu dia akan mencari sewa pada kadar harga sewa yang RM1,000 betul tak?. Itu adalah 'game' dalam pelaburan hartanah ni. Cerita ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri...
Satu lagi faktor, pelaburan ini masih berjalan dengan baik dan anda tetap menerima sewa bulanan walaupun anda sedang terbaring dirumah kerana sakit atau sedang 'berfoya-foya' / 'honey moon' dengan isteri anda di luar negara. Jika anda mempunyai sistem pengurusan yang baik, anda tak perlu risau. Hujung bulan cek saja sms atau email yang menyatakan sewa anda telah dibayar. Wah! Alangkah indahnya hidup ini, tengah bercuti pun orang bagi duit poket dan bayarkan hutang bank anda..
Cukuplah dulu..nanti aku sambung tips seterusnya.
No comments:
Post a Comment