Tuesday, 26 June 2012

Tips : Kenapa Pelaburan Hartanah 5


Link: ....Tips : Kenapa Pelaburan Hartanah 4


Pelaburan hartanah tidak memerlukan kepakaran yang khusus
Dalam pelaburan hartanah, kita tidak memerlukan kepakaran yang khusus atau mendalam untuk 'bermain' denganya. Apa yang penting adalah minat serta kesabaran disertakan ilmu dalam aspek pengurusan kewangan. Untuk menceburi bidang pelaburan hartanah ini, anda tidak memerlukan ilmu yang khusus tentang pelaburan hartanah. Tidak seperti seorang pensyarah, dia memerlukan ilmu yang mendalam
sehingga PhD untuk mahir dalam bidangnya. Begitu juga seorang pemilik syarikat, dia perlu sekurang-kurangnya mahir dalam aspek pengurusan. 
Bagi pelaburan hartanah, prasyarat untuk menjadikan anda pemilik rangkaian hartanah adalah :

1. minat
2. ilmu
3. sabar

Anda perlu mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini kerana jika tiada minat, kemungkinan besar untuk anda mengalah cukup tinggi. Biasalah jika kita minat dengan sesuatu kita tidak akan lekang dengannya. Jadi minat perlu disemai dan dipupuk. Ilmu juga memainkan peranan yang penting tapi tidaklah menjadikan anda pakar baru boleh 'bermain' dengan pelaburan hartanah ini. Antara ilmu yang anda harus tahu adalah, ilmu pelaburan hartanah dan ilmu pengurusan kewangan. Itu adalah asas untuk anda memahami selok-belok dalam pengurusan keseluruhan pelaburan hartanah ini.

Jika minat dan ilmu sudah anda miliki, kesabaran adalah kunci seterusnya. Anda perlu sabar dalam memiliki rumah pertama sehinggalah beberapa rumah yang anda rasa inginkan. Sentiasa sabar dalam mencari, memilih, mengurus dan memiliki rumah-rumah tersebut. Berapa buah hartanah yang anda perlukan? Tepuk dada tanya selera. Selagi anda seronok untuk memilikinya, selagi itulah anda perlu memilikinya. Sebab itu para bilionnaire hartanah tidak pernah berhenti untuk memiliki hartanah, ini kerana mereka minat, faham dan seronok dengan apa yang mereka buat. 

Ada seorang pelabur hartanah yang hebat diajukan dengan satu soalan.
"Apakah cara yang paling baik untuk melabur dalam pelaburan hartanah".

Beliau menjawab, "Mulakan dengan memiliki satu kemudian persoalannya, berapa banyak hartanah yang anda sanggup miliki".

No comments:

Post a Comment