Saturday, 14 April 2012

13 Tips: Hartanah (Part 1)



Post kali ni aku nak share beberapa tips untuk memilih Hartanah (rumah, tanah, dll) untuk dijadikan sebagai pelaburan. Ia berdasarkan pengalaman aku.. Warning!! Tips ini berdasarkan pengalaman aku dan aku dah praktikkan..mungkin ada persamaan atau perbezaan pendapat dengan otai2 'property investor' lain.. jadi ikut yang terbaik dan sesuai dengan anda..kerana kadang2 ada perkara yang tak sesuai dengan diri kita..
Ok...sekadar utk berkongsi sebagai pengenalan..aku mempunyai beberapa
hartanah di sekitar shah alam, klang dan kuala langat... mengapa aku memilih lokasi ini.. dah tentunya kerana aku tinggal dikawasan ini.. jadi untuk memudahkan aku memantau property aku ni, adalah lebih baik aku memilih lokasi yang berdekatan..sekitar radius 30km atau <1jam perjalanan.. walaupun ada peluang2 yang baik di kawasan puchong, cheras, ampang dan sekitarnya tetapi aku lebih percaya kepada rezeki yang telah ditetapkan..buat apalah kita terkejar2 mencari pelaburan di tempat yang kita tak biasa sedangkan kawasan sekitar kita banyak peluang yang tersedia. Setelah itu lihat kawasan kita ni..mana hotspot pembangunan...biasanya kita dapat mengagak dimana pembangunan yang seterusnya berdasarkan pemerhatian yang kita buat. Lihat juga projek2 pembangunan yang bakal dibangunkan sekitar kawasan tersebut. Camna nak tahu? kat mana nak tanya?.. Dah tentu itu antara persoalan yang anda semua tertanya2 ketika ini. Sumber itu boleh kita perolehi daripada pejabat2 developer, pejabat Majlis Perbandaran atau pejabat Tanah dan lihat kepada Ho Chin Soon Map..disini kita akan dapat maklumat dimana kawasan hotspot seterusnya..Setelah kita tahu kawasan2 'panas'..bolehlah kita gi sendiri ke kawasan tersebut untuk membuat sedikit 'observation'.. insyaALlah..kita dapat rasakan 'kata hati' kita tentang kawasan tersebut. Disinilah kepercayaan terhadap 'kata hati' dan rahmat Allah perlu diyakini. Jika 'kata hati' dah ok..yakinlah bahawa Allah dah tetapkan rezeki kita di situ..Tetapi awas, jangan libatkan emosi.. Walaupun 'kata hati' tadi berkata tak ok... kita masih nak juga untuk membeli property dikawasan itu..ini akan menyusahkan anda kemudian hari kerana tindakan seterusnya bukan atas dasar kerelaan kita. OK..rasanya cukup dulu..insyaALlah aku akan sambung balik tips2 seterusnya..

Tips : Hartanah (Part 1)
  1. Pilih kawasan berhampiran lokasi tempat tinggal anda.
    • radius 30km, <1jam.
    • mudah utk akses ke property anda jika berlaku apa2 masalah
  2. Cari maklumat kawasan pembangunan seterusnya.
    • Cari pelan pembangunan jangka panjang (Pejabat Majlis Perbandaran, Pejabat Tanah, Developer2 dll).
    • Tengok Ho Chin Soon Map.
  3. Buat 'site visit' dan 'observation' 
    • Ini wajib dibuat kerana 'kata hati' atau 'sixth sense' kita akan memberitahu kepada kita.
    • Jangan emosi pada ketika itu. Bersabar kerana rezeki kita telah ditetapkan Allah. Jangan terburu-buru.

No comments:

Post a Comment