Friday 15 June 2012

Hartanah D'BizMalaysia RTM 1


Jam 6 petang tadi aku menonton salah satu siri kegemaran aku Biz Malaysia RTM 1. Aku suka tengok sebab aku dapat tahu harga penutup saham, harga komoditi, 'market summary' dan banyak lagilah. Petang tadi ada perbincangan yang melibatkan pasaran hartanah di Malaysia. Mengikut pakar yang ditemuramah, beliau ada menyatakan
pasaran hartanah di Malaysia akan kekal stabil walaupun ekonomi mengalami penyusutan. Ini disokong oleh  syarat serta akta dimana kerajaan telah mengetatkan syarat jual beli hartanah. Memang betul pun...nak buat loan bukan main susah sekarang ni, tapi alhamdiliLlah aku tak ada masalah. Nak jual rumah pun macam-macam syarat siap kena cukai RPGT. Tapi ada bagusnya kerana pasaran hartanah akan terkawal sedikit. Beliau menambah lagi, hartanah di Malaysia  telah meningkat harga sekali ganda setiap 5-7 tahun sejak 30 tahun yang lalu dan dijangka akan kekal pada masa hadapan. Beliau juga menyarankan kepada golongan muda  agar mula melabur dalam hartanah walaupun dengan hartanah yang murah seperti apartment, rumah teres dan 'shop office'. Memang terbaeklahh...  

No comments:

Post a Comment