Monday 4 June 2012

OUM Semester Mei 2012

OUM Petaling Jaya
Pagi ini aku mengajar pelajar baru OUM bagi semester Mei 2012. Aku mengajar di OUM sebagai 'part time' Tutor dan mengajar pada hujung minggu sahaja.  Biasanya pelajar OUM ni terdiri daripada pelajar-pelajar senior yang telah bekerja. Mereka  berusaha untuk meningkatkan taraf pendidikan serta kerjaya mereka. Tahniah kepada mereka semua yang ingin terus memajukan
diri dalam kehidupan. Sesungguhnya ilmu itu adalah sebaik-baik pelaburan. 

Sabda Rasulullah saw : 

"Barangsiapa nak berjaya di DUNIA, maka carilah ILMU. Barangsiapa nak berjaya di AKHIRAT, maka carilah ILMU. Dan barangsiapa nak berjaya DUNIA dan AKHIRAT maka carilah ILMU".

Ternyata ilmu sangat-sangat penting dalam kehidupan. Oleh sebab itu jangan berhenti mancari ilmu walau sepandai mana pun kita...

No comments:

Post a Comment