Friday, 8 June 2012

Bandar Chukai, Kemaman


Post kali ini aku nak cerita sedikit tentang Bandar Chukai, Kemaman. Pada tahun 2004 masa aku kahwin dengan isteri aku, Kemaman taklah semaju sekarang ini. Tapi dalam 2-3 tahun kebelakangan ini, Kemaman sangat membangun. Banyak lot-lot kedai pejabat dibangunkan sekitar Kemaman.
Disepanjang jalan daripada pintu gerbang sempadan Kuantan-Kemaman (Pahang-Terengganu) ke kawasan Paka banyak lot kedai dibangunkan. Ternyata kawasan ini telah benar-benar membangun siap ada Zoo lagi. 

Hotel-hotel bertaraf 3 bintang pun dah mula tumbuh bagai cendawan. Rasanya ada lebih 5 hotel sekitar Bandar Kemaman sahaja. Ternyata hartanah disini semakin mahal tapi belum semahal seperti di Lembah Klang. Jadi sesiapa yang nak ‘invest’ disini cepat-cepat ya.. Aku pun dah ‘survey’ mana-mana rumah yang boleh aku beli untuk dibuat homestay.

No comments:

Post a Comment