Tuesday, 12 June 2012

Pasangan Bahagia



Post kali ni berbeza sedikit. Biasanya aku cerita perkara yang aku buat pada hari tersebut atau 'share' maklumat dan pengalaman yang pernah aku lalui berkaitan pelaburan hartanah dan sebagainya. Kali ni aku post tips untuk suami isteri atau bakal suami isteri untuk menjadikan hidup berkeluarga suatu yang
indah. Antaranya adalah:

  1. Berdoa kepada Allah S.W.T untuk sentiasa disayangi oleh pasangan.
  2. Sentuh dan tegur pasangan sebelum menyambung kerja lain apabila pasangan balik ke rumah. 
  3. Berlatih untuk menjadi pendengar yang baik. 
  4. Memberi pujian kepada pasangan mengenai penampilan masing-masing dan memberi galakan kepada perubahan yang cuba dibuat oleh pasangan.
  5. Memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati. 
  6. Ucapkan kata-kata sayang atau romantik dua kali sehari. 
  7. Memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan oleh pasangan dengan tekun. 
  8. Peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari. 
  9. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang diberikan oleh pasangan. 
  10. Sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas seperti baru berkahwin.

No comments:

Post a Comment