Wednesday, 25 April 2012

Bercuti Seminggu...

Assalamualaikum...
Wah! dah seminggu tak 'update' cerita di sini. Kata perkongsian, jadi kenalah berkongsi cerita apa-apa yang aku buat seminggu ini.

Ok, minggu lepas boleh di katakan minggu-minggu yang agak padat. Rabu lepas ada salah seorang penyewa nak keluar rumah pada hujung bulan ni. Jadi aku mula buat 'planning' bila nak cuci rumah dan iklankan rumah tu. Khamis pula, aku uruskan beberapa kerja yang perlu aku siapkan sebelum pergi bercuti. Antaranya ada buat temujanji dengan penyewa yang nak keluar
tu..jadi aku aturkan perjumpaan untuk proses penyerahan kunci, pulangkan duit deposit dan lain-lain.
Ah!! lega... dah selesai... bolehlah bercuti... sebab dah lama tak rehatkan minda ni, lagi pun anak aku yang kedua (Uzair, 5 thn) asyik tanya aku je... "papa bila kita nak tido kat hotel" (nak holiday lah tu)... jadi aku pun amik keputusan bawa family aku pergi bercuti... tak jauh mana pun... pergi Cameron Highland je... tempat nyaman dan tenang... boleh release tension... jadi pada Jumaat - Ahad yang lepas aku pergi bercuti bersama keluarga... seronoknya kalau selalu dapat cuti mcm ni. 'Post' seterusnya aku akan cerita sikit semasa kami holiday nanti.

No comments:

Post a Comment