Tuesday, 17 April 2012

Kisah Kasih Ibu...




Assalamualaikum...Post kali ni aku cuma nak ingatkan korang & diri aku sendiri tentang pengorbanan seorang ibu... Kalau korang masih ada ibu ataupun dah jadi seorang ibu ataupun seorang bapa kepada anak2 korang...mesti korang tersentap dengan movie clip ni... Bukan apa, cuma nak ingatkan bahawa kasih ibu tu memang tak ada batasnya... walaupun kita dah
tua bangka, ibubapa kita sebenarnya amat2 sayang kita...cuma mereka tak tunjuk sangat betapa mereka ni sayang kita...Jadi bagi sapa2 yang dah bergelar ibu dan bapa hayati cerita ini...mesti korang setuju bahawa kasih ibu tu tak ada batasnya...
Sapa2 yang duduk jauh dengan ibunya tu lepas tengok movie clip ni, telepon2 lah tanya2 khabar...mungkin dia rindu sangat2 nak dengar suara kita...mungkin bila dia dengar suara kita terubat rindu dia...ingat, dia lah yang mengandungkan kita dengan segala kesusahan..melahirkan kita dengan bertarung nyawa..menyusukan kita dengan penuh kasih dan sayang..mendidik kita tanpa jemu..membesarkan kita tanpa rasa penat...
Kalau korang masih ada ibu dan bapa lagi..hargailah mereka. Buatlah apa saja yang korang rasakan boleh balas balik budi mereka. Tapi pada hakikatnya kita takkan mampu membalasnya...
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". [Luqman 31:14]

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah". [al-Ahqaf 46:15]

"Sayangilah Ibubapa kamu sepertimana mereka menyayangimu..." 

No comments:

Post a Comment