Wednesday, 25 April 2012

Check In Hotel...



Selepas pekena teh...kami pun bergerak menuju Brinchang untuk 'check-in'. di Hotel Rosa Passadena. Lepas masuk bilik...anak-anak aku terus masuk tab mandi...aduhai boleh tahan anak-anak aku ni...tak sejuk ke... dia orang kata takpe guna air panas...mmm ikut suka korang lah... 
Tiga org anak-anak aku berendam dalam tu (Umairah 7, Uzair 5 & Uqail 3)...
yang sorang lagi ni tak boleh lagi...baby Uthailah (1 thn)...hehe kecik lagi. Sambil-sambil tengok tv aku baca info pasal hotel ni...rupanya 'owner' dia ni ada 4 rangkaian hotel kat Cameron ni. Rosa Passadena, Casa de la Rosa, De La Fern & Rainbow Hotel. Perghhh! masyuk...


Jumaat (mlm): 
Lepas isyak...kami semua ronda-ronda kawasan dengan kereta sebab malam tu gerimis, jadi tak bolehlah bawa anak-anak pergi pasar. Kami hanya beli makanan dan bawa balik ke hotel je...lagi mudah untuk keluarga yang ramai askar-askar kecik ni...

Dari kiri : Uqail, Uthailah Umairah dan Uzair


Sabtu (pg):
Pergerakan hari Sabtu berjalan lancar. Awal pagi kami 'breakfast' di hotel dan meneruskan agenda ke pasar Kea Farm beli sedikit cenderahati untuk 'family' dan rakan taulan. Kami beli stawberry, sayur-sayur, buah-buah, kaktus...entah macam-macamlah. Lepas tu...dalam kul 11 pg dah selesai aktiviti di pasar...jom pekena teh lagi...hehe...
Sabtu (ptg):
Aktiviti berjalan-jalan dan sesi bergambar bersama keluarga.. 
Sabtu (mlm):
Aktiviti malam ni boleh ke pasar sebab cuaca baik. Jadi kami pun berjalan kaki dari hotel ke pasar Brinchang...
Ahad (pg): 
Bersiap sedia untuk balik ke Klang. Tapi sebelum balik...kita minum dulu..(pekena teh lagi)
AlhamduliLlah, dalam jam 3.30 ptg kami sekeluarga selamat sampai ke rumah...

No comments:

Post a Comment