Monday 24 December 2012

Tapak Projek 1 : Taman Johan Setia





Disebabkan esok hari cuti, jadi hari ini aku pergi semua 'site' untuk buat pemantauan. Alhamdulillah semua mengikut jadual. Tapak projek pertama aku melawat di Taman Johan Setia, Klang. Kerja memasang bumbung dah siap dan kerja-kerja 'wiring' sedang dijalankan oleh 'team' faris..terima kasih faris kerana sudi membantu. Lepas ini kerja memasang siling plaster akan dibuat.
Tuan rumah ini adalah orang yang sama semasa aku buat kerja-kerja kayu di Bangi. Rumah ini melibatkan kerja penambahan ruang bilik (sebelah belakang) dan dapur (sebelah tepi) dengan keluasan tambahan keseluruhan hampir 400sf dan 'porch kereta berkeluasan 400sf. Terima kasih kepada En Din kerana mempercayai dan berpuashati dengan hasil kerja kami. 

Info berkaitan pembinaan :
www.aradaimpressworks.blogspot.com

No comments:

Post a Comment