Monday, 7 January 2013

Pakej Umrah Andalusia

Post : 
Link :




Tuan Haji Ibrahim
(sempat isteriku ambil gambar)

Semalam aku pergi ke pejabat Andalusia Travel untuk urusan pendaftaran umrah pada cuti sekolah bulan Mei nanti. Alhamdulillah, kami di jemput sekali lagi untuk mengunjungi Baitullah disana. Cuma kali ini kami pergi bukan setakat berdua tetapi
seluruh keluarga. Alhamdulillah.. 
Selepas menunaikan umrah tahun 2010 yang lalu, aku terbayang dan teringin untuk membawa anak-anakku, ibubapa dan ibu mentua menunaikan umrah bersama. Pada waktu itu aku cuma menyatakan hasratku kepada isteriku. Alangkah seronoknya berada bersama-sama keluarga, ibu dan bapa di hadapan ka'abah. Bagiku, kalau aku dapat merealisasikan untuk membawa mereka bersama, itu adalah 'moment' yang paling bermakna dalam hidup aku. Susah nak dapat 'moment' seperti itu.. Alhamdulillah, apa yang aku angankan termakbul. Allah telah permudahkan segala urusan dan melapangkan rezqiku. 
Semalam aku sudah mendaftarkan diri, isteri, anak-anak, ibubapaku dan ibu mentuaku...Alhamdulillah... Tapi bukan setakat 9 orang tu sahaja, keluarga kakak aku pun pergi bersama serta adik-adik perempuanku. Jemaah kami seramai 16 orang, Alhamdulillah...cuma mereka ni tak boleh nak 'sponsor' ya... Nanti ada yang kata tak adil pula...
Semasa di pejabat Andalusia Travel, aku sempat berjumpa dan berborak sedikit bersama Pengarah Urusan Andalusia Travel, Tuan Haji Ibrahim. Ternyata dia seorang yang peramah dan mesra. Walaupun baru berjumpa tapi banyak perkara dia dah cerita padaku!!. 
Aku memilih Andalusia kerana aku amat berpuashati dengan pengurusannya samada di Malaysia mahupun di Saudi. Ternyata mereka berada dalam kelas tersendiri. Syabas!!

Post : 
Kembali dari Tanah Suci
Travelog Umrah & Ziarah Jordan

Friday, 4 January 2013

Rumah Kena Pecah!!!




Rumah Kena Pecah!!! Haha bukan pencuri yang masuk..tapi pecah untuk buat yang baru. Kerja-kerja meruntuh binaan sediada untuk digantikan yang baru telah siap hari ini. Jadi bolehlah 'claim progress' ya. Selepas ini kerja-kerja

Thursday, 3 January 2013

Site Jalan Tanjung



Lepas aku hantar dua orang hero tadi aku pun bergerak ke ‘site’ Jalan Tanjung. Progres Alhamdulillah, bumbung hampir siap di pasang. Lepas ini boleh buat wiring pula. Pergerakan seterusnya ke ‘site’ baru di Jalan Bahagia. Kerja-kerja pecah rumah lama sedang giat di jalankan. Sudah masuk hari

Sesi Persekolahan 2013





Semalam dua orang hero aku pergi ke sekolah. Nasib baik ada Uzair, 6 jadi adiknya (Uqail, 4) pun macho je ke sekolah. Hai, dah besar anak-anak aku. Rasanya kejap je dia orang ni membesar. Anak aku yang sulung (Umairah, 8)

Thursday, 27 December 2012

Kambing Golek Panggang






Post kali ini berkaitan kambing golek. Pada Raya Haji yang lepas aku beli seekor kambing kecil, orang yang jual kat kedai frozen kata 'baby goat'. Saja nak jamu ahli keluarga yang balik ke Kemaman. Seronok juga dapat jamu

Tuesday, 25 December 2012

Bukit Gambang Resort

Uqail, Umairah & Uzair
Uqail
Uthailah
Uzair
Minggu lepas kami sekeluarga balik kek kampung isteri aku di Kemaman. Semasa disana kakak ipar aku dari Pasir Mas, Kelantan pun balik ke Terengganu. Jadi kami sepakat untuk menghabiskan satu hari di Bukit

Monday, 24 December 2012

Restoran Zam Zam Shah Alam

Keluarga Cikgu Khasmuri
Cikgu Khasmuri & En Nazri
Keluarga En Nazri
Restoran Zam Zam
Dua minggu lepas kami makan di Restoran Zam Zam Shah Alam, pekena Nasi Arab. Aku makan di sini bersama keluarga, 'partner' tanah lot aku dan pembeli tanah lot aku (Cikgu Khasmuri - lot Jln Tanjung & En Nazri - lot Jln Waja). Tujuan kami adalah untuk meraikan mereka yang telah sama-sama menjadi sebahagian keluarga kami. Seronok kami makan beramai-ramai. Sambil makan

Tapak Projek 2 : Kg Sijangkang





Selepas melawat 'site' Johan Setia, aku terus bergerak ke Kg Sijangkang untuk  melihat progres kerja pembinaan rumah Pn Nurul Mabrurah (adik arwah ustaz Asri Rabbani). Alhamdulillah, kerja-kerja memasang struktur bumbung & kekuda sedang dijalankan. Kayu-kayu pun baru sahaja pagi ini sampai, jadi

Tapak Projek 1 : Taman Johan Setia





Disebabkan esok hari cuti, jadi hari ini aku pergi semua 'site' untuk buat pemantauan. Alhamdulillah semua mengikut jadual. Tapak projek pertama aku melawat di Taman Johan Setia, Klang. Kerja memasang bumbung dah siap dan kerja-kerja 'wiring' sedang dijalankan oleh 'team' faris..terima kasih faris kerana sudi membantu. Lepas ini kerja memasang siling plaster akan dibuat.

Sunday, 23 December 2012

Tapak Projek Tanah Lot Terbaru




Tapak Lot Terbaru

Kerja-kerja untuk sebutharga sudah siap Sabtu lepas, semalam aku ke Kg Sijangkang untuk tengok sebidang tanah. Tuan tanah 'offer' untuk jual kepada aku. Hasil pemerhatian, aku berpuashati dengan ukuran tanah dan lokasi tanah. Jadi sebagai tanda jadi, aku bagi sikit wang deposit. InsyaAllah hari Rabu nanti urusan seterusnya (sain S&P) dengan tuan tanah. Aku dah siapkan