Saturday, 31 August 2013

Selamat Hari Raya & Salam Merdeka

Bersiap-siap untuk beraya
Assalamualaikum... wah lamanya aku tak kemaskini blog ni. Daripada puasa sampailah Merdeka. Apa pun Selamat Hari Raya & Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-56.

Sepanjang hampir dua bulan ini...macam biasalah sibuk dengan urusan-urusan

Wednesday, 10 July 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Selamat menyambut Ramadhan kepada semua pembaca blog ini. Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk bertemu sekali lagi bulan Ramadhan ini. Bulan puasa ini aku mengurangkan sedikit kerja-kerja di lapangan. Aku juga tak mengambil 'job' atau projek baru, cuma hendak

Tuesday, 2 July 2013

Tanah Lot di Sijangkang


Alhamdulillah... Tanah lot yang dibuka untuk jualan hampir habis. Hanya tinggal 1 lot sahaja lagi. Tanah lot yang kosong ini terletak di Jalan Tanjung, berkeluasan 50' X 50' berharga RM35,000.00 (Bertambak). Anda boleh tengok

Thursday, 20 June 2013

Kembali dari Tanah Suci

'Post' sebelum ini berkenaan projek aku buat selama 6 bulan tempoh hari (itu yang tak sempat nak 'update'). Kali ini aku nak share beberapa gambar kenangan bersama keluarga semasa menunaikan umrah...

Kembara ke Tanah Suci : Travelog Umrah Ziarah Jordan


Galeri gambar
Anak-anakuku bersama Mak Uda nya..

Tuesday, 18 June 2013

Projek Pembinaan 6 Bulan

Assalamualaikum para pembaca... Wah lamanya tak 'update' blog ni.. dari Januari hingga sekarang. Lebih 6 bulan menghilang. Sebenarnya aku ada disini, tetapi hanya masa membataskan aku untuk menulis. Tapi tak mengapa

Monday, 7 January 2013

Pakej Umrah Andalusia

Post : 
Link :




Tuan Haji Ibrahim
(sempat isteriku ambil gambar)

Semalam aku pergi ke pejabat Andalusia Travel untuk urusan pendaftaran umrah pada cuti sekolah bulan Mei nanti. Alhamdulillah, kami di jemput sekali lagi untuk mengunjungi Baitullah disana. Cuma kali ini kami pergi bukan setakat berdua tetapi
seluruh keluarga. Alhamdulillah.. 
Selepas menunaikan umrah tahun 2010 yang lalu, aku terbayang dan teringin untuk membawa anak-anakku, ibubapa dan ibu mentua menunaikan umrah bersama. Pada waktu itu aku cuma menyatakan hasratku kepada isteriku. Alangkah seronoknya berada bersama-sama keluarga, ibu dan bapa di hadapan ka'abah. Bagiku, kalau aku dapat merealisasikan untuk membawa mereka bersama, itu adalah 'moment' yang paling bermakna dalam hidup aku. Susah nak dapat 'moment' seperti itu.. Alhamdulillah, apa yang aku angankan termakbul. Allah telah permudahkan segala urusan dan melapangkan rezqiku. 
Semalam aku sudah mendaftarkan diri, isteri, anak-anak, ibubapaku dan ibu mentuaku...Alhamdulillah... Tapi bukan setakat 9 orang tu sahaja, keluarga kakak aku pun pergi bersama serta adik-adik perempuanku. Jemaah kami seramai 16 orang, Alhamdulillah...cuma mereka ni tak boleh nak 'sponsor' ya... Nanti ada yang kata tak adil pula...
Semasa di pejabat Andalusia Travel, aku sempat berjumpa dan berborak sedikit bersama Pengarah Urusan Andalusia Travel, Tuan Haji Ibrahim. Ternyata dia seorang yang peramah dan mesra. Walaupun baru berjumpa tapi banyak perkara dia dah cerita padaku!!. 
Aku memilih Andalusia kerana aku amat berpuashati dengan pengurusannya samada di Malaysia mahupun di Saudi. Ternyata mereka berada dalam kelas tersendiri. Syabas!!

Post : 
Kembali dari Tanah Suci
Travelog Umrah & Ziarah Jordan

Friday, 4 January 2013

Rumah Kena Pecah!!!




Rumah Kena Pecah!!! Haha bukan pencuri yang masuk..tapi pecah untuk buat yang baru. Kerja-kerja meruntuh binaan sediada untuk digantikan yang baru telah siap hari ini. Jadi bolehlah 'claim progress' ya. Selepas ini kerja-kerja

Thursday, 3 January 2013

Site Jalan Tanjung



Lepas aku hantar dua orang hero tadi aku pun bergerak ke ‘site’ Jalan Tanjung. Progres Alhamdulillah, bumbung hampir siap di pasang. Lepas ini boleh buat wiring pula. Pergerakan seterusnya ke ‘site’ baru di Jalan Bahagia. Kerja-kerja pecah rumah lama sedang giat di jalankan. Sudah masuk hari

Sesi Persekolahan 2013





Semalam dua orang hero aku pergi ke sekolah. Nasib baik ada Uzair, 6 jadi adiknya (Uqail, 4) pun macho je ke sekolah. Hai, dah besar anak-anak aku. Rasanya kejap je dia orang ni membesar. Anak aku yang sulung (Umairah, 8)