Thursday, 13 September 2012

Persediaan Piala Suzuki AFC



Selasa lepas aku dan 2 orang anak aku (Umairah & Uzair) pergi ke Stadium Shah Alam untuk menonton perlawanan Bola Sepak di antara Malaysia VS Vietnam. Tapi kesudahannya Malaysia tewas 2-0. Apa pun kami bertiga seronok setelah lama tak tengok bola. Kepada pasukan Malaysia, pastikan Piala AFC dapat di kekalkan di Malaysia.  

Monday, 10 September 2012

'Renovation' Bermula



Minggu ini kerja-kerja 'renovation' di rantau panjang bermula. Satu 'team' telah dikerah untuk kerja pecah rumah. Satu 'team' lagi bergerak ke Rawang untuk kerja-kerja baik pulih bumbung dan paip bocor sebuah pejabat. Minggu depan bermula pula kerja 'renovation' di USJ. Rezeki tak putus, Alhamdulillah...

Friday, 7 September 2012

Kerja-kerja di BTS Engineering





Projek kali ni melibatkan 'company' pula. Pemiliknya melayu dan projeknya berjuta-juta. Daripada input yang aku dapat, ada dua syarikat sahaja di Malaysia ni yang buat projek macam 'company' ni. Wah! patutlah 'client-client' besar-besar - KLIA airport, PLUS..banyaklah...ngeri aku nak cerita. Tapi sekurang-kurangnya aku dah kenal Bos dia... Bolehlah bagi projek sikit-sikit kat aku..hehe..

Wednesday, 5 September 2012

Rantau Panjang



Rantau Panjang dimana ya...sudah tentu ramai yang menjawab Kelantan. Tapi tahukah anda di Klang, Selangor pun ada kawasan yang diberi nama Rantau Panjang. Pagi tadi aku ada temujanji dengan 'client' untuk 'renovate' rumahnya di Rantau Panjang Klang. Rumah ini baru dibeli dan masih belum diduduki, jadi senang untuk buat kerja-kerja ubahsuai. Terdapat lebih kurang 30-40 buah rumah dikawasan ini dan tak sampai 10 rumah yang sudah berpindah masuk. Rasanya 'company' aku yang pertama masuk kawasan ni..Wah! peluang besar ni.. Boleh tapau habis rumah kawasan ini. Alhamdulillah, 'job' tak putus-putus sejak aku mengambil keputusan BESAR sebelum bulan puasa yang lalu. 

Monday, 3 September 2012

Tanah Lot Telok Panglima Garang


Padat jadual aku hari ini, maklumlah hari Isnin. Sebelah pagi aku menyiapkan kerja-kerja pejabat yang dah lama tertangguh. Aduhai kena cari kerani untuk uruskan ni. Kena 'update' akaun, cek pembayaran penyewa, siapkan kertas kerja, balas email dan lain-lain. Dari jam 8.30 - 12.00 tgh hari aku mengadap PC. Jam 12.00 pula bergegas ke Shah Alam untuk berjumpa dua (2) orang pembeli tanah Lot Jln Waja Sijangkang (berhampiran kaw industri Telok Panglima Garang). Kami berjumpa di Seksyen 7 Shah Alam. Alhamdulillah selesai kerja di Shah Alam. Mereka berdua dah 'confirm' ambil 5 lot (seorang 2 lot & seorang lagi 3 lot) dan sudah membayar deposit pada hari itu juga. Jadi tanah di Jln Waja ni tinggal lagi 2 lot ye.. Alhamdulillah. Jam 2.30 ptg pula aku ada temujanji di USJ untuk urusan 'renovation' rumah. Alhamdulillah, dapat 'job' lagi. Selesai di USJ gerak kembali ke Shah Alam untuk berjumpa 'partner' tanah lot aku dan kali ni pekena Nasi Arab..laparnya perutku..  


Info berkaitan tanah lot terkini: