Saturday, 25 August 2012

Berjumpa Pembeli Tanah Lot



Pagi ni aku ada temujanji dengan pembeli tanah lot aku. Pembeli ni merupakan pembaca blog aku..patutlah dia dah tahu serba sedikit latar belakang aku. Aku & isteri berjumpa dengan pembeli (En. Khairul) & ibunya di Tesco Setia Alam. Borak punya borak dekat 2 jam jugalah kami bersembang. Alhamdulillah En. Khairul bersetuju untuk ambil 1 lot dan membayar deposit RM3000. Jadi untuk tanah lot di Jln Tanjung Sijangkang ni tinggal 1 lot je..

Info berkaitan tanah lot terbaru:
www.aradaproperty.blogspot.com

Friday, 24 August 2012

Kerja! Kerja! Kerja!







Baru raya ke-6 dah kena kerja balik. Aduh! malasnya...tapi dah kerja kita kenalah buat juga. Lepas raya ni projek pertama kami di TTDI juga...Tuan rumah ni masih tak puas hati lagi. Kena tambah lagi baru cantik. Tak apalah kak...asalkan bayar..projek siap dalam masa sehari sahaja. Alhamdulillah rezeki selepas cuti berhari raya...

Sunday, 19 August 2012

Suasana di Pagi Raya





Ok..beratur semua...buat satu barisan panjang... Bersiap sedia nak minta maaf dan 'Collect' duit... Hahaha..ini lah saat-saat yang dinantikan oleh anak-anak kecil.. Seronok mereka jika dapat duit raya, disinilah kemeriahan raya kepada kanak-kanak. Kepada yang dewasa, masa inilah kita boleh berjumpa keluarga, bergembira, bermaafan setelah jarang berjumpa.. Seronok bila kita dapat kecapi 'moment' seperti ini.

Saturday, 18 August 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Wah!!! Esok raya... Raya tahun ni aku sambut kat Kemaman, kampung isteriku tersayang. Kami dah berada di Kemaman pada hari Jumaat lagi, maklumlah isteri aku kan cikgu...dah cuti awal. Walaupun 4 family je yang balik, tapi kecoh satu rumah dibuatnya. Hari ni kami berbuka  kerabu perut, nasi kerabu, daging bakar dan banyak lagilah, meriah betul... Jap lagi nak gi main mercun..hahaha.. 
Bersempena Hari Raya ini, saya memohon ampun & maaf kiranya ada kesalahan, ataupun terkasar bahasa dalam penulisan saya ini. 

'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN'





Friday, 17 August 2012

Dapat Cek lagi...25072012



Alhamdulillah...Ya Allah banyaknya rezkiMu... Dengan kerja-kerja kayu pada bulan Ramadhan yang agak lumayan ditambah pula dengan penerimaan cek daripada pembeli tanah lot aku... Jumlah cek RM20,000.00...

Wednesday, 15 August 2012

Kemasan pada Car Porch

Sebelum
Selepas

Angin-angin

Ini juga kerja kami semasa bulan Ramadhan. Tapi hanya melibatkan sedikit kerja kemasan kayu + 'devider' kayu / angin-angin. Projek ini di kawasan kejiranan USJ 2 hanya memakan masa 2 hari untuk disiapkan. Puan Zana pemilik rumah seorang yang pemurah dan baik hati. Alhamdulillah...

Monday, 13 August 2012

Car Porch Kayu + Genting

Kerja-kerja sedang dijalankan

Hasilnya..




Ini juga projek bulan Ramadhan kami...hanya melibatkan penambahan 'car porch' kayu + atap genting. Projek ini di kawasan kejiranan Kg. Sijangkang...(hehe kampung aku lah tu). Tuan punya rumah En. Ayub seorang yang 'friendly'. Disebabkan jiran-jirannya pun baik hati...ada masanya kami

Saturday, 11 August 2012

Car Porch Kayu + Polycarbonate

Sebelum
Selepas
Polycarbonate Solid

Ini merupakan salah satu projek pada bulan Ramadhan tempoh hari di kawasan kejiranan TTDI Jaya, Shah Alam. Kerja-kerja disini memakan masa hampir sebulan. Projek disini berperingkat dimana kami perlu membesarkan 'car porch' terlebih dahulu kemudian menambah kemasan kayu + polycarbonate...dekat-dekat nak siap tambah pula kerja-kerja renovate

Friday, 10 August 2012

Birthday Umairah

Happy Birtday - Wan Umairah Hanani
Malam kelmarin 8/8/2012 kami menyambut besday anak sulung aku Umairah. Selamat Hari Lahir yang ke-7... Kami sambut dengan sederhana sahaja. Berbuka puasa bersama keluarga dengan menjemput semua adik beradik aku ke rumah. Menu ayam kukus, kerabu perut, sawi jepun dan kuih-muih serta kek... Dah besar anak aku ni, harapnya dia dapat membesar dengan baik dan memimpin adik-adiknya nanti..InsyaAllah...

Thursday, 9 August 2012

Bisnes Baru - 02072012


Seperti yang anda sudah tahu, aku memang minat dalam pelaburan hartanah. Disebabkan itu jugalah aku sedang 'run' bisnes terbaru aku yang melibatkan hal-hal hartanah juga. Bisnes ini aku mulakan pada 02 Julai 2012 tapi lebih tepat pada Jumaat (29 Jun 2012). 02 Julai tu adalah tarikh mula operasi. Bisnes yang ini melibatkan 'woodenworks, renovation, maintenance dan

Where to Start?


Aduhai...tengok tajuk pun dah pening.. Lama sangat tak 'update blog', tak tahu nak mula kat mana.. Aku menyepi selama sebulan ni sebab sibuk dengan kerja-kerja baru aku. Maklumlah dah minat berniaga jadi fokus pada bisneslah. Aku 'set up' bisnes ni 2 Julai 2012 lalu, tapi 'company' didaftarkan seminggu selepas itu. Selama sebulan ni aku betul-betul fokus untuk